29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Khairul Aming Taja Trip Ke Itali Untuk Lima Pembeli Terawal –  ‘Boleh Bawa Plus One’

    Shopee Sale

    Usahawan Khairul Aming sekali lagi membuat kejutan apabila mengumumkan lima pembeli terawal Sambal Nyet Bilis bakal dibawa bercuti bersamanya ke Dolomites, Itali.

    Artikel Berkaitan: Individu Dedah Maklumat Bil Telefon, Khairul Aming Tuntut Penjelasan Telco- ‘Macam Mana Data Peribadi Saya Boleh Bocor?’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Jelaskan Isu Bayi Dikira 1 Pax Di Rembayung – ‘Saya Tak Untung, SOP Untuk Lindungi Bayi’

    Cuti bersama KA

    View this post on Instagram

    A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman, 34, menjelaskan bahawa lima pembeli terawal perlu membeli lima botol Sambal Nyet Bilis untuk melayakkan diri menyertai percutian tersebut.

    Tambah Khairul Aming, percutian tersebut ditaja sepenuhnya malah setiap pemenang turut berpeluang membawa seorang peneman.

    Lima pembeli terpantas yang membeli lima botol Sambal Nyet Bilis akan diterbangkan ke Dolomites, Itali untuk bercuti bersama saya Oktober ini.

    Anda boleh bawa plus one. Semuanya ditaja sepenuhnya, tertakluk pada terma dan syarat.

    Tahun lepas kita bawa pemenang pergi New Zealand, tahun ini kita pergi Europe.

    Difahamkan, jualan tersebut akan bermula pada Jumaat ini, jam 9 malam menerusi siaran langsung di akaun TikTok rasminya.

    MENARIK:  [VIDEO] Prince Syed ‘Borong’ Emas Hampir RM1 Juta Sempena Syawal, Hargai Jasa Isteri – ‘Cukuplah Sekadar Merasa Sedikit, Jangan Berlebih-Lebih’

    Selain itu, pemenang hanya layak dipilih menerusi pembelian yang dibuat menggunakan kaedah perbankan dalam talian sahaja.

    Sumber: Instagram @khairulaming

    The post Khairul Aming Taja Trip Ke Itali Untuk Lima Pembeli Terawal –  ‘Boleh Bawa Plus One’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah