30.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AS sasar capai perjanjian ‘hari ini atau esok’, harga minyak dunia menjunam

    Shopee Sale

    Pegawai tertinggi AS pada Selasa menyatakan bahawa perjanjian dengan Iran bagi membuka semula Selat Hormuz mungkin dicapai "hari ini atau esok", sekali gus menyebabkan harga minyak merosot berikutan harapan peningkatan penghantaran bekalan melalui laluan air strategik itu.

    Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent memberitahu CNBC "ada peluang untuk kita mencapai perjanjian" dalam tempoh beberapa jam akan datang, menyuarakan pandangan yang sama seperti Donald Trump.

    AFP pula melaporkan, bercakap dari Rumah Putih pada Isnin, Trump mengekalkan pendekatan biasanya yang menggabungkan sikap optimis terhadap diplomasi dan ancaman, serta memberi amaran bahawa ini merupakan "peluang terakhir Iran sebelum dihancurkan".

    Tehran dan Washington berperanang sejak 28 Februari lalu apabila AS dan Israel melancarkan serangan mengejut ke atas Iran. Meskipun gencatan senjata dan perjanjian awal dicapai dalam tempoh beberapa bulan selepas itu, usaha diplomasi masih gagal menamatkan konflik berkenaan.

    Menegaskan situasi yang tidak menentu itu, seorang anak kapal dilaporkan hilang pada Selasa selepas sebuah kapal dagang terkena peluru di Hormuz, manakala sebuah kapal India di Laut Merah karam berikutan serangan yang tidak pihak bertanggungjawab.

    Selat Hormuz, yang menjadi laluan utama bekalan minyak dan gas dunia, menjadi punca tercetusnya semula pertempuran.

    Iran mahu mengawal selat itu dan mengenakan bayaran tol—kuasa yang tidak pernah dilaksanakan sebelum peranang—sesuatu yang ditentang keras oleh AS.

    Mengikut corak yang sering berulang, Trump minggu lalu mengancam untuk menyerang Iran "dengan sangat keras", berkemungkinan melibatkan serangan ke atas infrastruktur awam, sebelum kemudian menarik balik ancaman itu dengan memberi bayangan bahawa perjanjian hampir dicapai.

    Namun, Kementerian Luar Iran menafikan sebarang perundingan dengan Washington, walaupun presiden AS itu bertegas bahawa rundingan sedang berjalan.

    Setiausaha Negara Marco Rubio pada Selasa berkata AS terlibat dalam perundingan antara Oman dan Iran bagi meningkatkan kelancaran lalu lintas kapal menerusi Selat Hormuz.

    Harga minyak menjunam susulan harapan baharu untuk membuka semula selat itu, dengan harga penanda aras Minyak Mentah Brent Laut Utara susut lebih enam peratus kepada bawah AS$79.00 setong.

    Qatar, yang bertindak sebagai pemudah cara perundingan, memaklumkan bahawa usaha diplomatik masih berterusan tetapi tiada rundingan langsung antara Iran dan AS yang dirancang.

    MENARIK:  Ocean Infinity sahkan akan sambung semula pencarian MH370

    Pimpinannya, Tamim bin Hamad Al-Thani, bercakap dengan Trump menerusi panggilan telefon pada Selasa, dengan Doha mengesahkan bahawa mereka membincangkan "usaha meredakan ketegangan".

    Trump sebelum ini berkata dia menjangkakan untuk mengetahui perkembangan rundingan menjelang Selasa, "sama ada positif atau negatif", namun bertegas bahawa isu ini "tidak begitu rumit".

    Matlamat diplomatik Washington merangkumi pembukaan semula Hormuz dan pembongkaran program nuklear Iran, yang diakui oleh Trump mungkin "memakan sedikit masa".

    Trump sebelum ini menggelar Tehran sebagai "talam dua muka" kerana mendakwa tidak berunding, sambil menambah bahawa sekatan balas AS terhadap pelabuhan Iran akan kekal "melainkan perjanjian, atau penyerahan kalah sepenuhnya, dicapai".

    Selepas lebih lima bulan peperanangan yang menelan kos berbilion dolar bagi Washington, Iran masih berkeupayaan melepaskan peluru berpandu dan dron ke arah sasaran AS dan sekutunya di rantau itu, serta ke atas kapal dagang.

    Awal pagi Selasa, agensi keselamatan maritim Britain, UKMTO, menyatakan sebuah kapal kargo yang tidak dinamakan terkena “peluru tidak dikenali" di Selat Hormuz berhampiran pantai Oman.

    Iran terus mengenakan sekatan berkesan di selat berkenaan dan bertegas bahawa kapal-kapal perlu menyelaraskan laluan darat dan laut dengannya.

    Gangguan di Hormuz memberikan kepentingan yang lebih besar kepada laluan perkapalan menerusi Laut Merah, diengan pejuang Houthi yang disokong Iran di Yaman mengisytiharkan sekatan maritim terhadap Arab Saudi.

    Pelabuhan Yanbu milik Arab Saudi di Laut Merah membolehkan negara itu meneruskan penghantaran ke pasaran global dengan memotong laluan Selat Hormuz sepenuhnya.

    Namun, sejak Houthi mengumumkan sekatan mereka, kumpulan itu mengalirkan dakwaan serangan ke atas beberapa kapal yang didakwa melanggar arahan tersebut.

    Pada Selasa, kapal India MSV Faize Noore Oliya karam di Laut Merah berhampiran Yaman berikutan serangan yang tidak diketahui puncanya, dengan kesemua anak kapalnya berjaya diselamatkan.

    Laut Merah merupakan pintu masuk ke Terusan Suez, dan kempen serangan Houthi sebelum ini ke atas kapal dagang semasa peranang Gaza memaksa syarikat perkapalan mengambil laluan lencongan yang jauh mengelilingi hujung selatan Afrika.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah