30.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliff Aziz Tak Tutup Pintu Hati, Serah Soal Jodoh Pada Takdir – ‘Kalau Nak Pasangan Baik, Mestilah Saya Kena Jadi Baik’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz, enggan mendedahkan mengenai status dirinya sama ada sudah mempunyai teman istimewa atau sebaliknya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz Respon Dakwaan ‘Digam’ Stesen TV – ‘Sekiranya Ada Tentulah Saya Sedih’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz Rindu Ayden & Ara – ‘Alhamdulillah, Saya Rasa Mereka Berada Di Persekitaran Yang Baik’

    Aliff serah pada Allah

    Ketika ditemui , pemilik nama Mohammad Aliff Aziz, 34, itu memilih untuk tidak mendedahkan berkenaan hal peribadi dan mahu terus memberikan tumpuan terhadap kariernya sebagai anak seni.

    Saya tidak mengiyakan atau menidakkan (status diri). Bukan apa kalau saya jawab nanti lebih banyak pula isu perbincangan.

    Jadi saya memilih untuk tidak berkongsi. Saya memilih untuk fokus kepada cerita perjalanan kerjaya saya.

    Selebihnya itu, tak perlulah kita ulaskan.

    Bagaimanapun, Aliff berkata, dia tidak pernah menutup pintu hati tetapi menyerahkan segala-galanya kepada takdir yang ditentukan oleh Allah SWT.

    Dalam masa sama, Aliff juga mencuba untuk memperbaiki dirinya dari kekhilafan lalu supaya menjadi seorang insan yang lebih baik di masa akan datang.

    Untuk kata hati saya sudah tertutup itu, segala rezeki, jodoh, ajal semuanya saya serah bulat-bulat pada Allah. Saya pegang kepercayaan itu.

    Biar Allah yang tentukan, insyaAllah. Cuma saya belajar kalau nak dapat pasangan baik, mestilah saya kena jadi baik.

    Jadi saya kena fokus ke arah itu. Takkan saya nak menghakimi orang, saya pun ada rekod yang tak berapa baik (kontroversi) sebelum ini.

    Aliff berkata demikian ketika ditemui di sidang media IQIYI drama terbaharunya Madu atau Racun di A Quiet Place, Bukit Bintang pada Selasa.

    Sementara itu, aktor berasal dari Kota Singa ini tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk membina kerjaya dalam industri seni.

    Alhamduillah saya masih diberi kesihatan tubuh badan. Masih diberi ruang dan peluang untuk berkarya.

    Saya doa mudahkanlah apa aja bebanan yang ada di bahu ini atas kelemahan sendiri. Kuatkan hati untuk saya dapat maafkan diri sendiri.

    Bukan saya ‘play victim’, tidak. Daripada muda sampai sekarang sekiranya saya tersilap langkah, saya akan mengaku salah.

    Tambah Aliff, dia kini akan kekal positif dan memandang terus ke hadapan dengan harapan kehidupannya akan menjadi lebih baik.

    Saya hanya mencari kekuatan untuk memaafkan diri kerana hidup harus diteruskan. Alhamdulillah tahun ini saya sudah berusia 35 tahun.

    Saya tiada masa untuk duduk hanya bertenung nasib kerana waktu itu berputar. Takut nanti kalau saya tidak move on lagi, bila saya buka mata dah tak sempat nak buat apa-apa.

    Jadi saya mahu jalan terus dengan harapan besar agar Allah maafkan saya. Kalau saya buat macam ini hati jadi lapang dan mudah membawa aura positif dan rezeki pun insyaAllah dipermudahkan.

    Dalam perkembangan lain, Aliff bersama Uqasha Senrose, Elisya Sandha dan barisan pelakon-pelakon lain meneraju drama terbaharu mereka iaitu Madu Atau Racun yang akan mula bersiaran 14 Ogos ini di platform iQIYI.

    MENARIK:  Pakar Diet Maut Dic*kik Suami, Mayat Disumbat Dalam Kotak Kayu & Disimen Di Rumah

    Imbas kembali, Aliff pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres, Bella Astillah pada 9 September 2016 sebelum berpisah pada 13 Jun 2024. Mereka juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

    Hasil perkongsian hidup, Aliff dan Bella dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian, 8 dan Ara Adreanna, 5.

    The post Aliff Aziz Tak Tutup Pintu Hati, Serah Soal Jodoh Pada Takdir – ‘Kalau Nak Pasangan Baik, Mestilah Saya Kena Jadi Baik’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah