30.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Elisya Sandha Sokong Kakak Tegur Pelakon Lewat Ke Set Penggambaran – ‘Tak Boleh Sesuka Hati Datang, Itu Kurang Ajar’

    Shopee Sale

    Aktres Elisya Sandha, berkongsi bahawa dirinya juga pernah berdepan dengan pelakon yang sering datang lewat ke set penggambaran.

    Artikel Berkaitan: Elisya Sandha ‘Prank’ Tok Sidang Jinggo Nak Pinjam Duit, Minta RM10,000 Dapat RM20,000

    Artikel Berkaitan: Elisya Sandha Galakkan Uzair Haqimy Amalkan Eat Clean, Bimbang Berat Suami Hampir Cecah 100KG

    Pelakon lambat

    Ketika ditemui , Elisya atau nama lengkapnya, Nur Elisya Sandha Hassan, 27, berkata, dia pernah mengalami situasi sama, namun tidak mengambil pendekatan serupa seperti kakaknya, Fasha Sandha yang menyuarakan isu tersebut di media sosial.

    Menurut Elisya, dia memilih untuk menegur pelakon berkenaan secara peribadi dan berbincang mengenai masalah yang dihadapi sehingga menyebabkan mereka tiba lewat di set penggambaran.

    Saya pernah lalui benda itu banyak kali, cuma saya rasa suara saya belum cukup kuat untuk bersuara di media sosial.

    Jadi, kalau orang itu selalu sangat lambat, saya akan pergi kepada dia secara peribadi dan bertanya kenapa dia lambat.

    Mereka akan jelaskan masalah yang dihadapi seperti ada urusan di rumah dan saya cuba untuk faham serta berbincang. Namun, untuk kes kakak saya, dia keluarkan ke media sosial kerana mungkin dia sudah tegur tetapi tidak menjadi.

    Saya juga ada karakter seperti kakak saya yang akan mengamuk dan bising di set kalau terpaksa menunggu lama.

    Tetapi orang faham kenapa saya begitu kerana saya menghormati masa mereka, jadi orang pun menghormati masa saya.

    Mengulas lanjut, Elisya turut menyokong tindakan Fasha yang sentiasa tegas dan berdisiplin dengan masa terutama apabila melibatkan komitmen keseluruhan pasukan produksi.

    Saya rasa apa yang kakak saya buat itu adalah benda yang betul sebab kita perlu hormat masa orang lain.

    Kita tidak boleh sesuka hati datang jam 10 pagi kalau jadual panggilan penggambaran ‘call time’ pukul 8 pagi. Itu sangat kurang ajar.

    Apa yang saya belajar dengan kakak saya selama ini ialah kita perlu sentiasa menjaga ‘call time’.

    Elisya berkata demikian ketika ditemui di sidang media IQIYI drama terbaharunya Madu atau Racun di A Quiet Place, Bukit Bintang pada Selasa.

    MENARIK:  Haliza Maysuri Kagum Erra Fazira Sudi Ganti Ziana Zain Saat Akhir – ‘Esok Ada Majlis Resepsi Sendiri, Tapi Dia Ikhlas’

    Walau bagaimanapun, ibu kepada dua orang anak ini memberitahu bahawa tidak semua pelakon boleh menerima teguran yang diberikan.

    Selepas ditegur, ada setengah pelakon terus memandang saya dari atas ke bawah seolah-olah mempersoalkan siapa saya untuk menegur mereka.

    Namun, ada juga pelakon yang menjelaskan masalah mereka dengan baik.

    Bagi saya, dua-dua situasi itu saya terima dengan terbuka. Paling penting, saya sudah menyuarakan bahawa perbuatan datang lambat ke set itu adalah salah.

    Kita kena hormat masa pengarah dan barisan kru, bukan pelakon sahaja. Kasihan kepada kru yang sebenarnya paling tidak cukup tidur dan perlu mengemas barang selepas penggambaran selesai.

    Terdahulu, Fasha meluahkan rasa kesal terhadap seorang pelakon yang didakwa gagal menepati masa ke set penggambaran sehingga menjejaskan keseluruhan produksi.

    The post [VIDEO] Elisya Sandha Sokong Kakak Tegur Pelakon Lewat Ke Set Penggambaran – ‘Tak Boleh Sesuka Hati Datang, Itu Kurang Ajar’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah