29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bersih: Utamakan perkukuh institusi DUN, bukan wujudkan jawatan timb exco

    Shopee Sale

    Daripada mewujudkan jawatan timbalan exco di Negeri Sembilan adalah lebih baik untuk kerajaan negeri digesa memberi tumpuan kepada memperkukuhkan perananan jawatankuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meningkatkan semak dan imbang.

    Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata ini kerana pentadbiran Negeri Sembilan sebelum ini telah berfungsi dengan baik tanpa jawatan timbalan exco, justeru keutamaan seharusnya diberikan kepada usaha memperkasakan institusi DUN.

    "Jika ingin mengukuhkan pentadbiran, lebih baik kerajaan Negeri Sembilan di bawah Menteri Besar Ismail Lasim mengukuhkan jawatankuasa DUN," katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

    Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas cadangan Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim, yang memaklumkan kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan jawatan timbalan exco bagi beberapa portfolio sebagai usaha memperkukuh pentadbiran.

    Ismail berkata cadangan itu merupakan pendekatan baru dalam pentadbiran kerajaan negeri, namun jumlah timbalan exco yang akan dilantik masih belum diputuskan.

    Sementara itu, menurut Muhamammad Faisal, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah memperkukuh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC) negeri serta menubuhkan jawatankuasa pilihan mengikut portfolio exco seperti diamalkan di Selangor.

    MENARIK:  Pembantu rumah jadi GRO antara 12 wanita ditahan imigresen

    Katanya, langkah itu akan membolehkan Adun kerajaan dan pembangkang memainkan perananan lebih besar sebagai mekanisme semak dan imbang bagi memastikan exco melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dan berintegriti.

    Dia turut mencadangkan penubuhan jawatankuasa tambahan berasaskan isu keutamaan negeri, sebagaimana dilaksanakan di Perak, selain memperkukuh pasukan penyelidikan bagi meningkatkan kualiti perbahasan DUN.

    "Dalam konteks ini, Adun boleh memainkan perananan untuk mengukuhkan pentadbiran," katanya.

    Faisal turut berkata usaha memperkasakan institusi DUN sedang digerakkan menerusi Sekretariat Kaukus Demokrasi Pelbagai Parti (KDPP), yang disertai Adun daripada pelbagai negeri dan parti politik bersama pertubuhan Bersih dan Ideas.

    Menurutnya, jurang antara DUN dan Parlimen, khususnya dari segi fungsi semak dan imbang, perlu dirapatkan.

    Pada PRN 2023, PH membentuk kerajaan Negeri Sembilan dengan majoriti dua pertiga sebelum membentuk barisan exco yang dianggotai 10 Adun PH.

    Pentadbiran itu beroperasi tanpa jawatan timbalan exco sehingga tamat penggal.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah