33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cukai dividen 2 peratus ambil kira rayuan PMKS – Anwar

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Cukai dividen yang awalnya ditetapkan pada kadar lima peratus telah diturunkan kepada dua peratus selepas mengambil kira rayuan yang dikemukakan termasuk daripada kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pihak PMKS mengemukakan rayuan supaya dikecualikan daripada cukai dividen itu atas alasan PMKS berbeza dengan syarikat tersenarai.

    Beliau berkata dirinya bersikap terbuka untuk menerima cadangan mengenai pelaksanaan cukai dividen itu seperti yang diumumkan menerusi pembentangan Belanjawan 2025, namun bukan cadangan untuk pengecualian.

    MENARIK:  PM gesa GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi bumiputera

    “Kalau ada cadangan, bagi cadangan lain, tapi jangan cadangan tidak boleh (dikenakan) cukai (terhadap) orang kaya. Saya rasa satu perkara yang sangat aneh dan bertentangan dengan prinsip yang kita nak tegakkan (iaitu) pengagihan kekayaan secara adil,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

    Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai mekanisme yang akan digunakan berkaitan pelaksanaan cukai dividen dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 bagi pemegang saham individu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah