Pelakon Amyza Aznan mengakui masih menghantar pesanan ke nombor telefon arwah anaknya, Andre Mikhail, meskipun sedar tiada lagi balasan yang akan diterima.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amyza Aznan Puji Shahida, Syukur Atas Pertolongan – ‘Kebaikan Dia Memang Antara Dia & Allah Yang Tahu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sudah Lima Bulan Call & Text Andre Tapi Tak Jawab, Mummy Rindu’ – Amyza Aznan
Tetap kirim mesej

Ketika ditemui , Amyza, 50, berkata hanya dengan cara itu dia dapat meluahkan rasa rindu yang masih tersimpan buat arwah anaknya.
Sampai sekarang saya masih mesej dia dan pada ketika ini nombor itu masih aktif.
Saya akan terus mesej dia walaupun satu tick, saya tidak kisah sebab saya tahu sekarang even dia double tick pun tiada siapa yang jawab.
Saya okay saja, janji saya mesej dia dan cara saya luahkan rindu.
Amyza berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media perkenalan barisan peserta bagi program Kilauan Emas Selebriti di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Dalam pada itu, Amyza berkata dia tidak menghiraukan tanggapan segelintir pihak yang menganggap tindakannya itu tidak masuk akal atau kurang waras.
Itu saja menjadi penawar rindu.
Saya tahu tak akan ada orang jawab tapi tidak mengapa dan saya tak kisah pun orang nak cakap saya gila ke, saya tidak kisah.
Sementara itu, Amyza berkata dia percaya tindakannya itu bukan sesuatu yang asing kerana ramai yang pernah kehilangan insan tersayang turut melakukan hal yang sama.
Bukan saya seorang saja yang buat macam itu.
Kalau saya muat naik, semua komen cakap dia orang pun buat perkara yang sama.
Ada yang mesej suami, mak dan anak mereka. Maknanya, bukan saya seorang saja yang buat benda itu. Sesiapa yang kehilangan pasti akan buat benda yang sama.
Sebelum ini, Amyza meraih perhatian apabila meluahkan rasa rindu melalui kiriman mesej terhadap arwah anak sulungnya.
Dalam perkembangan lain, Amyza merupakan salah seorang daripada 10 peserta bagi program yang bakal menemui penonton 22 Ogos depan.
Selain Amyza, antara selebriti yang turut menjadi peserta termasuklah Zila Bakarin, Datuk Jalaluddin Hassan, Rashdan Baba dan ramai lagi.
The post [VIDEO] Amyza Aznan Masih Hantar Pesanan Ke Nombor Arwah Anak – ‘Saya Tahu Tiada Balasan’ first appeared on OHBULAN!.





