32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Baru Nak Stabilkan Ekonomi’ – Rahim Omar Jawab Isu Tunggakan Sewa Rumah RM7,000

    Shopee Sale

    Pelakon veteran, Rahim Omar mengakui sedang berusaha memperbaiki keadaan kewangannya susulan berdepan isu tunggakan bayaran sewa rumah berjumlah kira-kira RM7,000.

    Artikel Berkaitan: Nama Besar & Pengalaman Tidak Lagi Menjamin Tawaran, Perlukah Pelakon Veteran Kejar Populariti Media Sosial?

    Stabilkan ekonomi

    Ketika ditemui , Rahim berkata dia yakin dengan rezeki yang telah ditetapkan buatnya pada tahun ini selain percaya isu itu akan menemui jalan penyelesaian.

    Kata Rahim, dia tidak akan lari daripada melunaskan tanggungjawab untuk membayar hutang tersebut malah akan bertemu dengan individu berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu.

    Sekarang ini, saya baru nak stabilkan ekonomi saya sebab sebelum ini kewangan saya agak teruk. Dua tiga tahun lepas saya alami kerugian sehingga RM500,000 tapi saya tidak bercerita dengan orang.

    Perkara ini adalah masalah saya sendiri dan saya yakin boleh diselesaikan cuma individu itu tidak menyabar.

    Dia tak faham keadaan kita. Saya bukan suka-suka sebab saya pun sebelum ini tak pernah sesusah itu.

    Rahim berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media perkenalan barisan peserta bagi program Kilauan Emas Selebriti di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.

    Ketika ditanya sama ada dia sudah membuat sebarang pembayaran kepada individu tersebut, Rahim mengakui dia sememangnya memilih untuk tidak membuat sebarang bayaran kepada individu berkenaan.

    Saya memang sengaja tidak mahu bayar. Saya nak bayar sikit-sikit. Saya pergi jumpa dia, tapi dia sombong.

    Saya datang dari jauh-jauh untuk berjumpa dan menunggu dia tapi cara dia cakap itu agak sombong.

    Saya kata, ‘Eh, saya datang jumpa awak, sepatutnya awak cakap elok-elok. Saya dengan niat datang nak selesaikan perkara ini’.

    Dia juga sentiasa menghubungi saya sewaktu saya sedang penggambaran tetapi saya tak layan kerana saya tiada jawapan.

    Saya tunggu bila dah ada (jawapan), saya akan cari dia.

    Menurut Rahim, ketiadaan tawaran lakonan menjadi antara punca dia berdepan masalah kewangan sehingga menyebabkan berlaku tunggakan bayaran sekali gus menyifatkan sebagai satu fasa sukar yang perlu dilalui.

    Tahun lepas dalam enam hingga tujuh bulan saya tiada dapat tawaran berlakon.

    Jadi, saya duduk di rumah itu pun anak saya dapat bantuan zakat. Zakat memang bayar setiap bulan RM800 cuma saya kena tambah lagi RM300.

    Tapi masa tu, kalau cerita orang macam tak percaya. RM300 pada saya, ketika itu memang susah. Tahun ini Alhamdulillah saya semakin stabil.

    Dalam pada itu, Rahim mengakui perkara tersebut bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui namun menganggapnya sebagai satu ujian dalam kehidupan.

    MENARIK:  Kikan Dedah Pernah Benci Dikaitkan Dengan Cokelat Band – ‘Mati-Matian Saya Cuba Melepaskan Diri’

    Terdahulu, seorang individu mendakwa aktor berkenaan gagal menjelaskan bayaran sewa rumah selama dua tahun sebelum memuat naik tangkap layar perbualan antara mereka.

    Dalam perkembangan lain, Rahim merupakan salah seorang daripada 10 peserta bagi program yang bakal menemui penonton 22 Ogos depan.

    Selain Rahim, antara selebriti yang turut menjadi peserta termasuklah Zila Bakarin, Datuk Jalaluddin Hassan, Rashdan Baba dan ramai lagi.

    The post [VIDEO] ‘Saya Baru Nak Stabilkan Ekonomi’ – Rahim Omar Jawab Isu Tunggakan Sewa Rumah RM7,000 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah