25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Cah keting’ jangan berulang dalam Umno – Asyraf Wajdi

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan seluruh ahli dan kepimpinan parti agar terus bersatu dan mengelakkan perpecahan demi memastikan kejayaan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

    Beliau berkata kekalahan UMNO pada pilihan raya sebelum ini bukan disebabkan kekuatan pihak lawan, sebaliknya berpunca daripada pergeseran dalaman termasuk amalan 'cah keting' dalam kalangan ahli sendiri.

    “Itu yang kita tidak mahu ulangi pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang di Pasir Mas, hari ini.

    MENARIK:  PRK KKB: Sedikit kelebihan buat PH, kata Ilham Centre

    Asyraf Wajdi menegaskan bahawa jentera parti perlu diperkukuh dan terus memainkan perananan penting dalam Kerajaan Perpaduan.

    Mengulas dakwaan kononnya terdapat desakan agar UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), beliau berkata Majlis Tertinggi UMNO setakat ini kekal komited mempertahankan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

    “Dalam sejarah UMNO, kita jarang menghadapi pilihan raya secara bersendirian kerana kestabilan dan kemakmuran negara lebih mudah dicapai melalui kerjasama politik yang inklusif dan menyeluruh,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah