Presiden Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tan Sri Hamidin Mohd Amin tidak tersenarai sebagai calon jawatan presiden pada Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu bagi baki penggal 2025-2029 yang dijadual berlangsung pada 17 Sept ini.
Sebaliknya, jawatan tertinggi FAM itu menyaksikan persaingan dua penjuru antara Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar.
Ketiadaan nama Hamidin yang dilantik sebagai Presiden Kehormat FAM pada Kongres Tahunan FAM pada Jun tahun lepas, menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan beliau kembali bertanding jawatan presiden.
Menurut senarai calon yang diumumkan FAM di Kuala Lumpur hari ini, jawatan Naib Presiden 1 pula menjadi rebutan antara Datuk Seri Rosmadi Ismail, Mohd Firdaus Mohamed dan Syed Yazid Syed Omar.

Bagi jawatan Naib Presiden 3, Datuk Saaran Nadarajah akan ditentang Afizal Abu Othman.
Sebanyak tujuh calon bersaing bagi tiga jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif kategori persatuan bolasepak negeri (FA), manakala lima calon merebut dua jawatan bagi kategori kelab (FC).
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata semua pencalonan telah melalui proses semakan dan pengesahan mengikut Statut FAM serta peraturan dan tatacara pengundian yang ditetapkan.
Berikut senarai calon Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi baki penggal 2025-2029:
Presiden:
Datuk Ab Ghani Hassan
Datuk Seri Shahril Mokhtar
Naib Presiden 1:
Datuk Seri Rosmadi Ismail
Mohd Firdaus Mohamed
Syed Yazid Syed Omar
Naib Presiden 3:
Datuk N.Saaran
Afizal Abu Othman
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (FA - Persatuan Bolasepak Negeri):
Mohd Azizudin Mohd Shariff
Datuk Mohd Azhar Jamaluddin
Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
Tang Chee Hong
Datuk Ramlan Shahean @ Askolani
Datuk Alijus @Mohd Ali Sipil
Mohd Faizul Mohd Noor
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (FC - Kelab):
Datuk Kamarudin Hassan
Datuk Syed Mahadi Syed Hassan
Datuk Dr. P.Sugumaran
Dr Johan Kamal Hamidon
Muhammad Faliq Firdaus Muhammad Rom
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Profesional):
Datuk Zainal Abidin Hassan
Azlan Johar
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Wanita):
Datuk Suraya Yaacob
Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah





