31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #SkoolXTRA: Tak Pernah Kena Denda Walaupun Suka Ponteng, Qistina Khaled Imbas Kenangan Sekolah

    Shopee Sale

    Melihat personalitinya hari ini sebagai pelakon, penyanyi dan model, mungkin ramai tidak menyangka Qistina Khaled pernah melalui zaman persekolahan yang cukup mencuit hati.

    Bukan sekadar mengakui dirinya seorang pelajar yang nakal, Qistina juga tanpa berselindung mendedahkan dia gemar ponteng dan mempunyai penampilan yang agak selekeh ketika berada di bangku sekolah.

    Namun, kenakalannya bukanlah sehingga menimbulkan masalah besar, sebaliknya lebih kepada sikap dan perangainya ketika itu.

    Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: ‘Dulu Saya Kasar Macam Lelaki’ – Qistina Khaled Kongsi Punca Penampilan Kini Berubah Jadi Lebih Feminin

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sering Ditegur ‘Chubby’, Qistina Khaled Susut 20kg Dalam Setahun – ‘Tak Cucuk Atau Potong Perut Tapi Diet Ekstrem’

    Suka Ponteng Sekolah?

    Edisi khas segmen #SkoolXTRA mengimbau kembali perjalanan selebriti ketika berada di bangku sekolah, termasuk sisi mereka yang mungkin belum pernah diketahui oleh peminat.

    Menerusi #SkoolXTRA, Qistina berkongsi sisi dirinya yang mungkin belum pernah diketahui ramai termasuk pengalaman memegang pelbagai jawatan di sekolah sehinggalah detik awal minatnya terhadap dunia seni.

    Saya seorang pelajar yang sangat nakal. Saya suka ponteng tapi bukan dalam keadaan yang tidak baik. Saya sangat selekeh.

    Saya tak pernah kena denda. Saya bukan nakal buat jahat tapi dari segi perangai. Saya seorang yang sangat kasar dulu.

    Nakal Tapi Banyak Pegang Jawatan

    Menariknya, di sebalik pengakuan sebagai seorang pelajar yang nakal, Qistina sebenarnya cukup aktif dalam organisasi sekolah.

    MENARIK:  ‘Dah Agak Tempat Terakhir’ – Illa Sabry Kecewa Persembahan Minggu Pertama Tak Memuaskan, Hilang 19 Kilogram Berat Badan Sebab ‘Stres’

    Malah, dia pernah diberikan kepercayaan untuk menggalas beberapa tanggungjawab termasuk sebagai pengawas dan Pengawas Pusat Sumber.

    Dulu saya pengerusi untuk Pembimbing Rakan Sebaya. Masa sekolah dulu saya dah pegang banyak jawatan. Pengawas, Pengawas Pusat Sumber.

    Pengalaman tersebut sekali gus menunjukkan sisi berbeza Qistina yang bukan sahaja aktif, tetapi turut dipercayai pihak sekolah untuk memikul tanggungjawab sejak usia muda.

    " data-video-id="7673891493953948935" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @qistinakhaleddd

    Tertulis Kita Sampai Syurga.. Coming soon.. Arahan @alongkamaludin @Shukri Yahaya Official #tv3akasia #tertuliskitasampaisyurga #fypシ #foryoupage #qistinakhaled

    ♬ original sound – qistinakhaleddd – qistinakhaleddd

    Seni Jadi Subjek Kegemaran

    Dalam pada itu, Qistina memberitahu mata pelajaran Seni merupakan antara subjek yang paling diminatinya ketika berada di sekolah.

    Saya suka mata pelajaran Seni.

    Minat terhadap bidang kreatif itu juga seakan memberi bayangan awal kepada perjalanan kerjayanya hari ini yang cukup dekat dengan dunia seni dan hiburan.

    Dah Mula Berteater Sejak Tadika

    Lebih menarik, penglibatan Qistina dalam dunia seni sebenarnya sudah bermula jauh lebih awal iaitu sejak di peringkat tadika.

    Menurut Qistina, dia sudah mula terbabit dalam persembahan teater sebelum kemudiannya semakin aktif menyertai drama dan sketsa ketika berada di sekolah rendah.

    Daripada tadika lagi sebenarnya saya dah mula masuk teater. Bila dah darjah tiga dah masuk drama dan sketsa untuk tema-tema sekolah.

    Sekolah menengah saya dah masuk pertandingan menyanyi dan mula buat cover nyanyi sikit-sikit.

    " data-video-id="7288345897623244039" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @rusamusic

    Senja Ku Rindu 🥀 @Qistina Khaled #rusamusic #rusamvm #senjakurindu

    ♬ Senja Ku Rindu – Rusa Music

    The post #SkoolXTRA: Tak Pernah Kena Denda Walaupun Suka Ponteng, Qistina Khaled Imbas Kenangan Sekolah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah