24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Letak kepala babi di gerai roti canai: Dua lelaki ditahan

    Shopee Sale

    Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes meletakkan kepala khinzir di sebuah sebuah gerai menjual roti canai di Bandar Teknologi Kajang dekat Kuala Lumpur pada 11 Okt lepas.

    Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata kedua-dua lelaki tempatan berusia 35 dan 51 tahun itu ditahan pada 15 Okt lepas di sekitar daerah berkenaan.

    Beliau berkata laporan polis berhubung kejadian berkenaan dibuat oleh pemilik gerai berkenaan berusia 18 tahun pada 7.30 malam 11 Okt lepas.

    Katanya menurut laporan berkenaan, pemilik gerai itu telah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan dan mendapati terdapat dua individu yang tidak dapat dikenal pasti memakai baju berwarna hitam serta helmet hitam dan merah telah masuk ke dalam kedainya.

    MENARIK:  KPKT buat laporan polis, MCMC berhubung penyebaran berita palsu MyKiosk

    "Mereka kemudiannya telah meletakkan daging kepala khinzir di atas kabinet dan dapur roti canai milik pengadu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Katanya video kejadian berkenaan kemudian telah tular di media sosial sejak semalam.

    Naazron berkata motif kejadian berkenaan masih dalam siasatan dan individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut boleh menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 019-7691924 bagi membantu siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah