Hampir setahun berlarutan, penyanyi dan usahawan, Adira Suhaimi berharap kes pengesahan lafaz rujuk membabitkannya dengan bekas suami, Datuk Seri Adnan Abu Hasaan, segera menemui titik noktah.
Artikel Berkaitan: Soal Nikah Bukan Keutamaan, Adira Mahu Fokus Urusan Mahkamah – ‘Macam Mana Nak Kahwin? Kes Ini Belum Selesai’
Artikel Berkaitan: Kes Adira, Datuk Red Disambung 3 September Depan
Harap cepat selesai

Adira yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada Khamis, berharap prosiding berkenaan dapat berjalan lancar dan diselesaikan dalam masa terdekat.
Semoga kes ini berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan selesai cepat. Sebab saya rasa sudah hampir setahun kes ini berlarutan. Anak saya yang bongsu pun sudah nak masuk usia lima tahun.
Pada prosiding itu, Adira turut membawa abang kandungnya, Nor Azalin sebagai saksi bagi membantu kes pengesahan lafaz rujuk berkenaan.
Ibu kepada lima cahaya mata itu hadir ke mahkamah dengan ditemani dua peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie dan Nor Saidah Zakaria.
Selang beberapa minit kemudian, Datuk Seri Adnan Abu Hasaan atau Datuk Red pula hadir di mahkamah.
Terdahulu, mahkamah menolak permohonan penarikan balik kes yang difailkan Datuk Red terhadap Adira.
Sebelum ini, menerusi permohonan yang difailkan pada 18 Disember lalu, Datuk Red mendakwa berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 ketika Adira masih dalam tempoh idah selepas perceraian mereka.
Bagaimanapun, Adira sebelum ini meluahkan rasa terkejut dengan tindakan bekas suaminya itu dan mendakwa Datuk Red meminta bayaran RM100,000 sebagai antara syarat untuk menarik balik kes berkenaan.
Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua sebelum mereka bercerai pada 24 April 2024.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 5, dan Ayob, 4.
The post ‘Hampir Setahun Kes Berlarutan, Anak Bongsu Saya Dah Nak Masuk Lima Tahun’ – Adira Suhaimi first appeared on OHBULAN!.





