33.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hujan lebat landa hampir seluruh negara petang ini

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 5 petang ini.

    MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 2.30 petang memaklumkan cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh Perlis serta beberapa kawasan di Kedah meliputi Kuala Muda, Sik, Baling dan Langkawi.

    Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

    Amaran sama meliputi Bachok, Kota Bharu, Jeli, Kuala Krai, Gua Musang dan Tanah Merah di Kelantan, manakala di Terengganu membabitkan Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu.

    Di Pahang, kawasan terlibat ialah Temerloh, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Bera, manakala di Selangor meliputi Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang.

    MENARIK:  Tei cabar bos PBS dedah akaun parti, buktikan dakwaan sumbangan politik

    Amaran turut dikeluarkan bagi Seremban, Jelebu dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan serta Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

    Di Sarawak, cuaca buruk itu diramal berlaku di Miri, khususnya Marudi dan Beluru, serta Limbang, manakala di Sabah ialah Pedalaman meliputi Sipitang, Beaufort, Membakut, Keningau dan Tambunan, selain Ranau, Papar dan Penampang di Pantai Barat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah