29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ahli RCI sanggah dakwaan bekas ketua audit isu keterangan skandal TH

    Shopee Sale

    Seorang ahli suruhanjaya siasatan diraja (RCI) Tabung Haji berkata adalah tidak benar bahawa bekas ketua audit negara Madinah Mohamad tidak diberi peluang untuk memberi keterangan semasa siasatan dijalankan.

    Semasa sesi dialog mengenai skandal Tabung Haji hari ini, Rashid Hussain - yang kini pengerusi dana tersebut - berkata Madinah diberikan sepina untuk memberi keterangan pada 3 Jun 2022.

    "Madinah diberikan sepina, jadi apa yang dia katakan adalah tidak benar," katanya bagi menjawab soalan daripada hadirin mengenai dakwaan tersebut.

    Madinah sebelum ini berkata dia hadir pada hari yang sepatutnya untuk memberi keterangan dan menunggu lebih 30 minit tetapi akhirnya tidak dipanggil masuk.

    Madinah Mohamad

    Sehubungan itu, dia mendakwa haknya untuk didengar dan peluang untuk menjawab laporan RCI, yang mengkritik jabatannya kerana kurang tegas dalam tempoh tertentu telah dinafikan.

    MENARIK:  66 kelas prasekolah ditempatkan di institusi pendidikan KPM

    Menjelaskan situasi tersebut, Rashid berkata bekas ketua audit negara itu meminta untuk hadir bersama dengan timbalan pengarah bahagian audit kewangan ketika itu, Mona Othman.

    Dia berkata RCI menolak perkara ini atas alasan pemeriksaan dijalankan secara individu.

    Sebaliknya, Rashid berkata suruhanjaya memanggil Mona untuk memberi keterangan pada 2 Jun, sehari sebelum Madinah dijadualkan hadir.

    Walau bagaimanapun, dia tidak menjelaskan sebab mereka tidak meneruskan sesi pemeriksaan ke atas Madinah pada 3 Jun.

    Selain itu, katanya RCI turut memberi peluang kepada Madinah untuk mengemukakan jawapan bertulis kepada 75 soalan, yang diserahkannya melalui akuan bersumpah.

    "Dia mengemukakannya pada 1 April... Saya berharap kenyataan bahawa ia dilakukan pada 1 April tidak dianggap olehnya sebagai gurauan April Fool," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah