28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Media Prima Dilantik Rakan Media Rasmi PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026

    Shopee Sale

    Media Prima Berhad (Media Prima) dilantik sebagai Rakan Media Rasmi bagi kejohanan PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026, menerusi kerjasama bersama United Pickleball Association Asia (UPA Asia).

    Artikel Berkaitan: Noe Khlif & Kaitlyn Christian Antara Jaguh Dunia Gegar Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026

    MPB media rasmi

    Kerjasama berkenaan bakal membawa aksi pickleball bertaraf dunia kepada peminat sukan di Malaysia, selain memperkukuh usaha dalam mempromosikan perkembangan sukan berkenaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

    PPA Tour Asia yang dikendalikan UPA Asia merupakan antara siri jelajah pickleball profesional dan amatur terkemuka di Asia.

    Bermula 2026, setiap mata yang diperoleh menerusi kejohanan PPA Tour Asia akan menyumbang kepada World Pickleball Rankings, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada pemain dari Asia untuk bersaing di pentas antarabangsa.

    PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026 dijadual berlangsung dari 9 hingga 13 September 2026 di The Hood, Kuala Lumpur.

    Kejohanan itu bakal menampilkan barisan pemain bertaraf dunia termasuk Gabriel Tardio dari Bolivia yang kini berada di ranking kedua dunia bagi kategori lelaki, serta Chao Yi Wang dari Chinese Taipei yang menduduki ranking ke-11 dunia dalam kategori wanita.

    Cabaran Malaysia pula bakal digalas oleh beberapa pemain tempatan termasuk Jimmy Liong Kai Long, Syed Uzair Sufi dan bakat muda, Timothy Foo, yang akan berentap bersama barisan pemain antarabangsa dalam kejohanan berprestij berkenaan.

    MENARIK:  Jofliam Jawab Dakwaan Netizen Dewi Tidak Pandai Masak – ‘Agak Terkejut Orang Kalut Persoal Isteri Letak Daun Kari’

    Menerusi kerjasama ini, Media Prima akan memanfaatkan kekuatan ekosistem medianya merangkumi Rangkaian TV dan Kandungan Media Prima, REV Media Group, Media Prima Audio, The New Straits Times Press (NSTP), Tonton serta BigTree (DOOH) bagi menyemarakkan lagi promosi dan liputan kejohanan.

    Peminat pickleball di seluruh negara juga berpeluang mengikuti aksi kejohanan secara langsung menerusi platform Tonton, sekali gus membolehkan mereka menikmati saingan pemain profesional tanpa perlu hadir ke lokasi pertandingan.

    Selain promosi dan liputan media, kerjasama ini turut merangkumi peluang dalam bidang kandungan digital, siaran langsung, jualan tiket, komersial serta kolaborasi jenama.

    Ini sekali gus memperlihatkan kekuatan ekosistem bersepadu Media Prima dalam menghubungkan keterlibatan penonton dengan peluang komersial baharu menerusi sukan yang semakin mendapat perhatian.

    Kerjasama antara Media Prima dan UPA Asia itu turut mencerminkan aspirasi bersama untuk menyokong perkembangan pickleball di Malaysia, selain memperluaskan capaian sukan berkenaan menerusi kandungan kreatif dan penglibatan digital.

    Peminat yang ingin menyaksikan sendiri aksi PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026 boleh hadir ke The Hood, Kuala Lumpur dari 9 hingga 13 September 2026.

    Tiket boleh dibeli menerusi platform jualan tiket rasmi, manakala perlawanan turut boleh disaksikan secara percuma menerusi platform Tonton.

    The post Media Prima Dilantik Rakan Media Rasmi PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah