28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    4 ditahan ganggu majlis pecah tanah Kg Sungai Baru

    Shopee Sale

    Polis menahan empat individu dipercayai kerana mendatangkan gangguan pada majlis pecah tanah projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru, di Kuala Lumpur, hari ini.

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata penahanan dibuat kira-kira jam 8.50 pagi susulan maklumat berkaitan satu perhimpunan yang akan diadakan bagi mencetuskan rusuhan dan pecah keamanan di program berkenaan.

    Menurutnya, penahanan terhadap suspek masing-masing terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita dibuat mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah.

    “Keempat-empat individu tersebut semasa ditahan telah menjerit-jerit dan mendatangkan kacau ganggu serta pecah keamanan semasa penugasan kawalan keselamatan di majlis pecah tanah Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.

    “(Mereka) terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berumur dalam lingkungan 39 tahun hingga 47 tahun di kawasan sekitar Kampung Sungai Baru,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    MENARIK:  Kajian pengasingan kuasa AG, pendakwa raya dilaksana di 3 negara

    Terdahulu majlis pecah tanah projek tersebut dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

    Walaupun pihak polis tidak menyatakan nama individu yang ditahan, Malaysiakini difahamkan salah seorang mereka tersebut merupakan aktivis yang lantang membantah projek berkenaan iaitu Rafidah Ibrahim.

    Fadil berkata, penahanan individu tersebut adalah untuk pencegahan sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah kerana disyaki menjadi individu yang mendalangi perhimpuan yang akan diadakan tersebut.

    Katanya, ia ekoran daripada seruan mengajak orang ramai turun protes di program tersebut oleh Rafidah melalui media sosial.

    “Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut ke atas keempat-empat orang tersebut berlandaskan peruntukan undang-undang,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah