Meneruskan legasi siri Tonton Original Series, BRU: Masin & Manis membawakan kesinambungan drama popular tersebut yang berkisarkan tentang perjalanan watak Mohsin dalam mengejar impian sebagai seorang barista.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imranul Effendy Doakan Norreen Iman – ‘Saya Tak Berhak Kupas, Itu Soal Peribadi & Sensitif’
Artikel Berkaitan: Ellyza Azizi Tak Mahu Nama Naik Kerana Kontroversi – ‘Sekali Cerita Ada Di Internet, Akan Kekal Selamanya’
Lembaran baharu

BRU: Masin & Manis diterajui oleh Imranul Effendy dan Ellyza Azizi bersama penampilan istimewa aktres, Siti Hariesa yang kembali memainkan karakternya daripada musim pertama BRU.
Identiti siri ini masih dikekalkan iaitu rasa cinta terhadap minuman kopi selain membawa satu penceritaan baharu tentang dua watak berbeza yang dimainkan oleh Imranul dan Ellyza.
Selain itu, Tonton juga menjalinkan kerjasama dengan HWC COFFEE bagi membawa pengalaman BRU: Masin & Manis ke realiti.
Dalam masa sama, penerbit siri ini iaitu Nik Amir Mustapha berkata, kopi bukan sekadar prop dalam sriri BRU, tetapi ia menjadi medium yang menyatukan setiap watak dan perjalanan kisah mereka.
Menerusi kolaborasi bersama HWC COFFEE, kami mahu membawa pengalaman itu keluar daripada skrin supaya penonton bukan sahaja dapat mengikuti kisahnya, malah turut merasai sendiri inspirasi di sebalik Salted Series yang menjadi sebahagian daripada penceritaan BRU: Masin & Manis.
Saya turut berharap kolaborasi ini dapat membuka ruang yang lebih luas antara dunia penceritaan dan pengalaman sebenar penonton, sekali gus menjadikan setiap elemen dalam drama ini lebih dekat, hidup dan boleh dirasai di luar skrin.
Bermula 6 Julai 2026 ini, para peminat turut berpeluang menikmati tiga menu eksklusif yang diinspirasikan daripada siri tersebut, iaitu Salted Spanish Latte, Salted Hazelnut Cocoa Latte dan Salted Matcha Latte. Ketiga-tiga minuman edisi terhad ini boleh didapati di cawangan HWC COFFEE.
Untuk info, siri terbaharu ini menggunakan format vertikal dengan 45 episod, berdurasi dua hingga tiga minit bagi setiap episod. Bermula 22 Julai, BRU: Masin & Manis akan menampilkan episod baharu pada setiap Rabu hanya di aplikasi Tonton.
The post Siri Vertikal BRU: Masin & Manis Bukan Sekadar Kisah Kopi, Sarat Elemen Drama, Komedi & Kehidupan first appeared on OHBULAN!.





