Usahawan terkenal, Datin Seri Shahida menafikan dakwaan akaun TikTok suaminya, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, disekat kerana melakukan siaran langsung menggunakan rakaman (recording).
Artikel Berkaitan: Shahida Kongsi Jatuh Bangun Dunia Perniagaan – ‘LHDN Puluhan Juta, Akaun Bank Dibekukan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Enggan Panjangkan Isu, Sedia Bersemuka Dengan Ahmad Idham – ‘Saya Maafkan Dia’
Kena ban
View on Threads
Menerusi komen di Threads, Shahida mengesahkan bahawa akaun tersebut disekat selepas anaknya, Yusof Al Qardawi yang masih di bawah umur, muncul dalam siaran langsung berkenaan.
Kena ban bukan sebab live recorded, tapi sebab Yusof masuk.
Difahamkan, TikTok menetapkan bahawa pengguna di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan menyertai atau muncul dalam siaran langsung di platform tersebut.
Terdahulu, seorang individu menerusi hantaran di Threads mendakwa mengetahui punca akaun TikTok Aliff Syukri disekat.
Dalam hantaran itu, lelaki berkenaan menyatakan antara punca akaun itu disekat adalah kerana melakukan siaran langsung menggunakan rakaman.
Sumber: Threads
The post Shahida Nafi Akaun TikTok Aliff Syukri Kena Sekat Kerana ‘Live Recorded’ first appeared on OHBULAN!.





