30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dari kem PN, Tei akui ejek penyokong PH ‘anjing menyalak’

    Shopee Sale

    Ahli perniagaan Albert Tei mengakui menyasarkan penyokong Pakatan Harapan (PH) yang berkumpul di luar pusat penamaan calon Dewan Besar Kuala Klawang, Jelebu, dengan menggelar mereka “anjing menyalak”.

    Terdahulu hari ini, rakaman video berdurasi 25 saat menunjukkan Tei yang memakai baju Perikatan Nasional (PN) menunjuk ke arah sekumpulan penyokong PH sambil berkata: “Nampak, ini ada banyak anjing, anjing [...] Anjing ini menyalak.

    "Tengok ini namanya apa? Ini namanya anjing,” kata aktivis politik itu.

    Gelak ketawa dan sorakan yang dipercayai daripada penyokong PN kedengaran dalam video yang dikongsi Ketua Penerangan PKR Johor Fakharuddin Moslim di Facebook.

    Tei, yang berdepan beberapa pertuduhan rasuah, sebelum ini menarik balik hasrat untuk bertanding menentang Setiausaha Agung DAP Anthony Loke di Chennah — satu dari empat kerusi DUN di bawah parlimen Jelebu.

    Ketika dihubungi, Tei memberitahu Malaysiakini: "Betul, saya sebut sebahagian penyokong PH yang kurang ajar asyik provokasi, menjerit, mencaci saya sebagai anjing.”

    Tei menegaskan dia sekadar “meniru” bekas anggota DAP Hew Kuan Yau, yang meninggalkan parti itu pada 2016 tetapi pernah menggunakan perkataan “anjing” untuk menggambarkan penyokong MCA.

    Dia turut menuduh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim merupakan antara penyokong PH yang terbabit dalam provokasi terhadapnya hari ini.

    Ketika dihubungi untuk mendapatkan ulasan, pengarah komunikasi PKR itu bagaimanapun berkata kumpulan penyokong PH berada agak jauh dari PN dan lebih hampir dengan kumpulan penyokong Bersatu, yang kini buat pertama kali bertanding menggunakan logo parti sendiri.

    MENARIK:  Kajian pelaksanaan semula UPSR, PT3: KPM mohon diberi sedikit masa

    “Tiada provokasi (daripada Pakatan Harapan). Harapan lebih dekat dengan Bersatu manakala PN berada lebih jauh di persimpangan lain,” katanya kepada Malaysiakini.

    Tei sebelum itu berkongsi video berdurasi lima saat yang menunjukkan seorang penyokong PH menjerit “Dah cerai kahwin balik!” dan Adam menjelaskan laungan itu dibuat sebagai tindak balas terhadap sorakan penyokong Bersatu.

    “Terdapat laungan ‘Umpas’ daripada penyokong Bersatu kepada penyokong PN. Penyokong Harapan itu kemudian menjerit ‘dah cerai kahwin balik!’ kepada Bersatu.

    “Saya datang dan meminta penyokong Harapan supaya tidak masuk campur dalam isu ‘Bersatu lawan PN’,” kata ahli parlimen Hang Tuah Jaya itu.

    Laungan dan tindak balas tersebut merujuk perkembangan politik menjelang hari penamaan calon hari ini, apabila PAS serta komponen lain PN kembali menjalin hubungan dengan BN, sekali gus menyebabkan Bersatu bertanding menentang bekas sekutunya di 24 daripada 36 kerusi.

    Antara pemimpin PH lain yang mengiringi calon gabungan itu bagi kerusi Chennah, Pertang, Sungai Lui dan Kelawang ialah Pengerusi DAP Gobind Singh Deo, penasihat DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah