30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiga pelajar lelaki tingkatan satu disyaki buli mangsa hingga cedera

    Shopee Sale

    Polis menahan tiga pelajar lelaki tingkatan satu sebuah sekolah menengah di Kangar kerana disyaki membuli seorang pelajar lelaki sebaya sehingga mendatangkan kecederaan pada Khamis lepas.

    Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihaknya menerima laporan pada 11.27 malam Khamis lepas dan mangsa mengalami kecederaan pada buku lali dipercayai akibat kejadian itu.

    Beliau berkata ibu mangsa yang berusia 39 tahun mendakwa dimaklumkan oleh guru kelas pada 12.28 tengah hari Khamis bahawa anaknya tergelincir ketika hendak masuk ke kelas sehingga tidak boleh berjalan.

    “Kira-kira 1 tengah hari, wanita itu mengambil anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah di sini dan doktor memaklumkan remaja itu mengalami keretakan pada buku lali kiri.

    MENARIK:  SPRM tahan pemilik, pengarah syarikat sekongkol sindiket seludup rokok, arak

    “Pada 7.28 malam semasa berada di hospital, anaknya memaklumkan dibuli sejak beberapa bulan lepas dan kemuncaknya pada Khamis sehingga cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Yusharifuddin berkata tiga pelajar lelaki itu dipercayai menendang, memukul dan membaling dua tong sampah besar pada bahagian badan dan kepala serta meludah mangsa selain disyaki memeras ugut wang belanja daripada mangsa.

    Beliau berkata tiga pelajar terlibat kini direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 507B Kanun Keseksaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah