29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN N Sembilan: Bersatu umum tanding 24 kerusi guna logo sendiri

    Shopee Sale

    Bersatu hari ini mengumumkan akan bertanding di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk dua calon daripada Parti Urimai, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menggunakan logo parti itu sendiri.

    Presidennya, Muhyiddin Yassin, berkata keputusan bertanding menggunakan logo Bersatu mencerminkan tahap kematangan parti yang kini diiktiraf sebagai antara parti paling berpengaruh di negara ini.

    "Guna logo sendiri bermakna Bersatu sudah datang ke satu peringkat kematangan. Dengan diiktiraf sebagai salah satu parti yang amat berpengaruh di Malaysia, mempunyai 700,000 ahli, 400 cawangan seluruh negara, dan 186 bahagian seluruh Malaysia.

    "Pertubuhan Bersatu adalah atas asas-asas bersama dengan objektif berteraskan kepada integriti, maruah, adil, dan saksama dalam memperjuangkan isu-isu penting rakyat tanpa mengira agama serta bangsa.

    "Sebab itu kami mengambil pendirian untuk bertanding atas logo Bersatu sendiri. Ada yang kata tanding secara solo risiko...so what? Tanding bawa logo PN pun ada risiko juga. Jadi kita buat keputusan tepat tanding di bawah logo sendiri," katanya ketika mengumumkan senarai calon Bersatu di Nilai, hari ini.

    Keputusan Bersatu bergerak solo di Negeri Sembilan dibuat ketika berlaku keretakan hubungan dalam Perikatan Nasional (PN).

    Sebelum ini, PAS secara rasmi telah mengumumkan keputusan untuk memutuskan hubungan kerjasama politik dengan Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

    Susulan itu, Bersatu mendakwa tidak dilibatkan dalam rundingan pembahagian kerusi PRN Negeri Sembilan, apabila PAS yang dipengerusikan Ahmad Samsuri Mokhtar dikatakan membuat keputusan untuk menjalin kerjasama pilihan raya dengan BN.

    MENARIK:  Polis tembak mati tiga anggota Geng Centro

    Menurut Bersatu, parti itu juga tidak diberi peluang bertanding di bawah logo PN selepas mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Kerusi gabungan berkenaan ditangguhkan tanpa tarikh baru.

    Situasi itu memaksa Bersatu membuat keputusan untuk bertanding menggunakan logo sendiri.

    Senarai calon Bersatu bagi PRN Negeri Sembilan:

    N.02 Pertang: Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus

    N.03 Sungai Lui: Mazrulhisham Abd Mansor

    N.04 Klawang: Muhammad Adib Musa

    N.05 Serting: Muhammad Noraffendy Mohd Salleh

    N.06 Palong: Rebin Birham

    N.07 Jeram Padang: Sri Sanjeevan Ramakrishnan (Bersekutu)

    N.09 Lenggeng: Zool Amali Hussin

    N.10 Nilai: V Saravan Kumar (Bersekutu)

    N.12 Temiang: Fazly Hamid

    N.13 Sikamat: Tun Faisal Ismail Aziz

    N.14 Ampangan: Noor'azah Harun

    N.15 Juasseh: Mohd Zuhaimi Md Yusof

    N.16 Seri Menanti: Megat D Shahriman Zaharudin

    N.17 Senaling: Mohd Izaffi Istear Khan

    N.20 Labu: Mohamad Hanifah Abu Baker

    N.22 Rahang: Tang Jay Son (Bersekutu)

    N.23 Mambau: Sarawanan Nagayah (Urimai)

    N.24 Seremban Jaya: Mahendran Ramasamy (Urimai)

    N.25 Paroi: Mohd Nazree Haji Mohd Yunus

    N.28 Kota: Akmal Noradzmi Abd Rahim

    N.31 Bagan Pinang: Sheikh Junaidy Jamaludin

    N.32 Linggi: Zamri Md Said

    N.33 Sri Tanjung: Leevineshwaraan Murugan (Bersekutu)

    N.34 Gemas: Mohd Fadhil Daud

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah