29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Haidar Hasanudin Buat Beard Transplant – ‘Tanam Untuk Stabilkan Sebab Jambang Tumbuh Sebelah Kanan Saja’

    Shopee Sale

    Pelakon, Haidar Hasanudin secara terbuka mengakui pernah menjalani prosedur kosmetik iaitu tanam jambang (beard transplant) supaya penampilannya kelihatan kemas.

    Artikel Berkaitan: Haidar Hasanudin Pernah Ditawar RM50k Oleh ‘Mak Datin’ – ‘Dia Nak Beri Kereta Kalau Saya Jadi Teman Rapatnya’

    Artikel Berkaitan: Diugut & Difitnah Mabuk Ketika Memandu, Haidar Hasanudin Ambil Tindakan Undang-Undang

    Tanam jambang

    Ketika ditemui , Haidar, 37, berkata keputusan itu dibuat bertujuan untuk mengatasi masalah pertumbuhan jambang yang tidak sekata.

    Terus terang memang saya ada buat beard transplant. Saya tanam untuk stabilkan sebab jambang saya jenis tumbuh sebelah kanan sahaja.

    Kalau dibiarkan, nampak macam tidak rata sebab sebelah lagi tidak banyak tumbuh. Jadi saya pilih untuk seimbangkan supaya kedua-dua belah ada jambang.

    Haidar berkata demikian ketika ditemui pada tayangan drama Viu di Odeon Kuala Lumpur pada malam Rabu.

    Mengulas lebih lanjut, Haidar berkata dia sememangnya mengutamakan penjagaan penampilan diri dan menegaskan perkara itu seharusnya menjadi keutamaan bagi setiap lelaki tanpa mengira latar belakang.

    Saya rasa penjagaan diri bukan sebagai seorang pelakon saja, tapi semua orang pun perlu ada. Cuma mungkin untuk saya sebab berada dalam industri, penjagaan kulit itu lebih dititikberatkan.

    Dari dulu lagi saya dah belajar tentang skincare. Lelaki pun kena pakai produk asas seperti pelembap dan sunscreen.

    Ketika diminta mengulas mengenai trend semasa yang menyaksikan semakin ramai individu obses menjalani prosedur kosmetik demi meningkatkan keyakinan diri, Haidar berkata perkara itu bergantung pada pilihan dan tujuan setiap individu.

    MENARIK:  Tony Eusoff Pernah Dipenjara 8 Bulan Akibat Dadah, Minta Orang Luar Jangan Terus Jatuh Hukum – ‘Tiada Yang Sukarela Ambil’

    Dalam masa yang sama, Haidar berkata dia selesa dengan penampilan semula jadinya dan tidak berhasrat untuk melakukan prosuder yang boleh mengubah wajahnya.

    Saya bersyukur dengan apa yang Tuhan kurniakan. Bagi saya, apa yang ada ini pun dah lebih daripada cukup.

    Kalau untuk tambah benda lain, saya rasa tidak perlu untuk saya. Tapi pilihan orang lain, saya hormati. Kalau itu boleh buat mereka lebih yakin, terpulang kepada mereka.

    The post Haidar Hasanudin Buat Beard Transplant – ‘Tanam Untuk Stabilkan Sebab Jambang Tumbuh Sebelah Kanan Saja’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah