31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Dakwa Anak 11 Tahun Disihir Rakan Sekelas Kerana Cemerlang Akademik

    Shopee Sale

    Seorang individu mendakwa anaknya menjadi mangsa perbuatan sihir yang dipercayai dilakukan oleh ibu kepada rakan anaknya sendiri.

    Artikel Berkaitan: Wanita Difitnah Sihir Anak Saudara Tampil Cerita Perkara Sebenar, Sebak Ahli Keluarga Sendiri Sanggup…

    Sihir

    Dakwa wanita itu, segalanya berpunca daripada perasaan hasad dengki terhadap pencapaian akademik dan kokurikulum anaknya yang lebih menyerlah.

    Wanita itu mendakwa perbuatan itu mula diketahui selepas doktor menasihatkannya untuk membawa anaknya pergi mendapatkan perubatan Islam.

    Anak saya umur 11 tahun kena sihir dengan mak rakan sekelas dia sebab akademik anak saya lebih baik daripada anak dia.

    Semua ini diketahui bila saya dah habis ikhtiar berubat hospital.

    Doktor tu sendiri yang suruh saya pergi berubat dengan ustaz.

    Lebih menyedihkan, ibu kepada rakan anaknya itu dikatakan sering memandang rendah terhadap keluarga mangsa hanya kerana status kewangan mereka.

    MENARIK:  [VIDEO] Cikgu ‘Berhempas Pulas’ Telefon Pelajar Lewat Hadir Untuk Kertas Sejarah SPM 2024 – ‘Beruntungnya Anak-Anak Sekarang’

    Wanita itu mendakwa ibu kepada rakan anaknya itu sanggup menghinanya dengan menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada seorang kanak-kanak.

    Anak saya selalu jadi wakil sekolah dan dia minat untuk sertai pelbagai aktiviti di sekolah jadi anak saya kerap dapat hadiah.

    Saya dengar dia persoal kenapa anak dia tak dapat hadiah dan cakap cikgu tak adil. Dia tidak boleh terima dan salahkan cikgu kata pilih kasih.

    Saya ni miskin, jadi dia selalu pandang rendah dan cakap cikgu pilih anak saya sebab kasihan, padahal anak saya bodoh.

    Dia selalu cakap dekat anak dia depan anak saya, ‘Jangan jadi miskin macam anak dia ni, nanti selalu kena hina, dah lah tiada bapak’.

    Sumber: Threads

    The post Ibu Dakwa Anak 11 Tahun Disihir Rakan Sekelas Kerana Cemerlang Akademik first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah