30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Izara Aishah Kecewa Jadi Mangsa Fitnah Usahawan Tudung – ‘Dia Kata Saya Panggil Pekerja Dengan Panggilan Bod*h’

    Shopee Sale

    Pelakon, Izara Aishah mendakwa dirinya menjadi mangsa fitnah oleh seorang usahawan jenama tudung yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.

    Artikel Berkaitan: Izara Aishah & Adib Khalid Perkenal Puteri Ketiga, Pilih Nama Tahara Alima – ‘Satu Lagi Kebahagiaan Buat Kami’

    Artikel Berkaitan: Izara Aishah Selamat Melahirkan Cahaya Mata Ketiga – ‘Bertambah Lagi Puteri Dalam Keluarga Kami’

    Dakwaan tak benar

    View on Threads

    Pemilik nama Izara Aishah Hisham, 34, mendakwa usahawan itu cuba memburukkan reputasinya dengan menyebarkan fitnah yang tidak benar kepada individu yang dikenalinya.

    Jenama tudung yang saya pernah banyak membantu dahulu ketika mereka hampir jatuh, yang mendapat banyak perhatian/pelanggan baharu daripada pengikut saya mengatakan saya mengambil kesempatan ke atas mereka.

    Mereka bersungguh-sungguh mahu fitnah saya kepada rakan-rakan dan usahawan tempatan.

    Bagaimanapun, Izara berkata fitnah itu mendapat reaksi negatif daripada orang ramai dan mendakwa jenama itu meniru apa yang dilakukannya pada ketika ini.

    MENARIK:  BCL Sentuh Jiwa Dalam ‘Eternal Love, Timeless Romance’

    Kata Izara, usahawan itu juga menuduhnya menumpang populariti mereka kerana mempunyai jumlah pengikut melebihi 100,000.

    Mereka mempunyai 200 ribu pengikut pada ketika itu dan menyangka saya mengambil kesempatan daripada ‘populariti’ mereka, platform jualan dan tenaga kerja.

    Pada ketika itu saya rasa tiada keperluan untuk saya jelaskan apa-apa.

    Jelas Izara, dia berkongsi perkara itu kerana mendakwa usahawan berkenaan sudah melampaui batas dengan menyebarkan pelbagai dakwaan serta fitnah yang tidak benar mengenai dirinya.

    Saya menceritakan perkara ini kerana dia sudah keterlaluan.

    Dia kata saya memanggil pekerjanya dan pekerja saya dengan nama seperti babi dan bodoh, itu sudah melampau.

    Banyak lagi yang dia cakap pasal saya dan itu adalah fitnah yang paling dahsyat daripada seorang pengasas yang selama ini nampak baik.

    Sumber: Threads

    The post Izara Aishah Kecewa Jadi Mangsa Fitnah Usahawan Tudung – ‘Dia Kata Saya Panggil Pekerja Dengan Panggilan Bod*h’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah