Pelakon dan penyanyi, Amy Mastura memilih untuk berehat seketika daripada dunia nyanyian kerana mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha mendalami ilmu agama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amy Mastura Fokus Cari Bekalan Akhirat – ‘Tuhan Dah Bagi Semua, Inilah Masanya’
Artikel Berkaitan: Anggap Suami Sebagai Pinjaman, Amy Mastura Titip Pesan Buat Para Suami – ‘Jangan Poligami Secara Sorok-Sorok’
Perlahankan karier

Ketika ditemui , pemilik nama Amy Mastura Suhaimi, 55, berkata keputusan itu diambil selepas dia mula mempelajari ilmu agama secara berperingkat.
Amy tidak menafikan rasa rindu terhadap dunia nyanyian namun mengambil keputusan untuk meninggalkannya demi memberi fokus sepenuhnya kepada kehidupan yang berpandukan ajaran Allah SWT.
Buat masa sekarang, saya bercuti (rehat) dahulu. Saya sudah membuat keputusan untuk mendalami ilmu agama.
Saya mahu kumpul (pahala) apa yang patut dikumpul.
Walaupun ramai rakan-rakan yang buat konsert tetapi sebab sudah berniat mencari ilmu agama dahulu jadi saya tak teruskan.
Mungkin mereka sudah cukup ilmu di dada dan saya masih belum cukup jadi kena cukupkan terlebih dahulu.
Amy berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi ramah mesra barisan pelakon Ate Kome I Love You! yang diadakan di Sunway Pyramid pada petang Jumaat.
Ketika ditanya sama ada keputusan itu dibuat kerana berpegang kepada pandangan bahawa suara wanita adalah aurat dalam agama, Amy memilih untuk tidak mengulas lanjut.
Lebih kurang begitulah tapi tak berani nak cakap sebab nanti orang kata saya poyo.
Biarlah saya belajar agama lebih dahulu, bagi peluang untuk saya mendalami.
Dalam pada itu, Amy berkata dia masih menerima tawaran untuk mengadakan persembahan atau konsert, namun memilih untuk menolaknya.
Ada terima tawaran untuk konsert tapi saya tak terima. Saya ada juga terima mesej yang mengatakan mereka rindu dengan nyanyian saya.
Kalau rindu boleh saja datang berjumpa dengan saya di acara yang saya hadir sebagai tetamu.
Dalam perkembangan lain, Amy muncul dalam siri terbaharu Viu berjudul Ate Kome I Love You! yang disiarkan pada setiap Khami dan Jumaat pada jam 12 tengah hari.
Selain Amy, turut membintangi drama tersebut ialah Aniq Suhair, Bella Dowanna, Eida Moin dan Nurel Baharin.
The post [VIDEO] Amy Mastura Rehat Menyanyi, Mahu Dalami Ilmu Agama – ‘Saya Mahu Kumpul Apa Yang Patut Dikumpul’ first appeared on OHBULAN!.





