30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nurel Baharin Kahwin Minggu Hadapan – ‘Kesungguhan Yang Ditunjukkan Buat Saya Yakin Dengan Dia’

    Shopee Sale

    Pelakon, Nurel Baharin memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihannya pada minggu hadapan.

    Artikel Berkaitan: Selesai Majlis Merisik, Nurel Baharin Bakal Tamatkan Zaman Bujang Di Usia 24 Tahun

    Artikel Berkaitan: Nurel Baharin Tak Masuk Campur Urusan Perceraian Ibu Saudara & Hafiz Suip, Hormat Privasi Kedua Belah Pihak

    Rezeki kahwin

    Ketika ditemui , pemilik nama Nurelyana Baharin, 24, mendedahkan tempoh perkenalannya dengan bakal suami yang juga seorang ahli perniagaan tidak sampai setahun sebelum mereka mengambil keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya.

    Nurel berkata, keyakinannya menerima lamaran lelaki itu hadir selepas melihat kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan untuk membina masa depan bersama.

    Perkenalan kami amat singkat. Saya kenal dia selama setahun dan dalam tahun yang sama juga kami buat keputusan untuk berkahwin. Merisik pula dibuat pada November tahun lalu.

    Kesungguhan dia yang tak pernah berhenti untuk halalkan saya yang buatkan saya yakin dengannya. Dia sanggup jumpa keluarga. Hari kedua berjumpa sudah kenal ibu saya.

    Selang beberapa hari, dia jumpa adik-beradik saya pula. Dia ada rancangan sendiri bila hendak berjumpa orang terdekat saya. Keluarga saya tertarik dengan usaha dia.

    Nurel berkata demikian ketika ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama pelakon drama terbitan Viu, Ate Kome, I Love You! di Sunway Pyramid, pada petang Jumaat.

    Dalam masa yang sama, Nurel yang juga merupakan Juara Dewi Remaja 2023 mengakui bahawa keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda bukanlah sesuatu yang dirancang sejak awal.

    Saya tak pernah merancang untuk berkahwin pada usia muda. Mungkin sebab ini rezeki saya. Saya berjumpa dengan orang yang baik dan berpendirian, dia terus berjumpa keluarga saya.

    Perkahwinan ini adalah rezeki terbesar saya tahun ini. Keluarga mentua pun sangat baik dan ibu bapa saya memahami yang anak dia hendak kahwin pada usia muda.

    Pada asalnya, mereka mahu saya berkahwin pada umur 30 tahun. Tetapi sebab bakal suami tahu dengan apa yang dia mahukan dan berjaya meyakinkan ibu bapa saya.

    Sementara itu, Nurel berkata berkata dia akan terus aktif dalam bidang seni meskipun bakal bergelar isteri kerana perkara tersebut sudah dibincangkan dan dipersetujui bersama bakal suaminya.

    Keputusan saya untuk berkahwin tidak menghalang kerjaya saya. Bakal suami mahu saya teruskan kerja dan tak mahu saya berhenti.

    Dia mahukan isteri yang bekerja. Jika mengenai anak dan sebagainya, semua boleh dirancang kemudian.

    Sebelum ini, Nurel berkongsi berita gembira apabila menyatakan dirinya sudah dilamar dan dan bertunang dengan jejak pilihan hatinya.

    MENARIK:  Peristiwa Mengharukan: Guru Merangkul Saya Sambil Menangis Beritahu Tentang Kematian Ibunda dalam Kemalangan Helikopter

    The post Nurel Baharin Kahwin Minggu Hadapan – ‘Kesungguhan Yang Ditunjukkan Buat Saya Yakin Dengan Dia’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah