26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zizi Kirana Tiba Di Tunisia, Akan Mula Berlayar Di Perairan ‘Red Zone’ – ‘Lepas Ini Mungkin Susah Nak Update Atau Buat Live’

    Shopee Sale

    Foto: FB Sumud Nusantara Official

    Penyanyi rap, Zizi Kirana sudah tiba di Tunisia bagi meneruskan lagi misi kemanusian menghantar bantuan asas buat saudara Islam yang ditindas di Gaza.

    Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Kecewa Ada Pihak Pertikai Artis Sertai Misi – ‘Mufti Bagi Jawapan Tak Nak Dengar’

    Artikel Berkaitan: PU Rahmat Dedah Risiko Ditahan & Dipenjara Empat Hari – ‘Bukan Nak Takutkan Tapi Itu Polisi Mereka’

    Semakin hampir ke Gaza

    Menerusi Threads, pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil ini meluahkan rasa syukur kerana ketibaannya bersama beberapa lagi aktivis menandakan mereka hanya selangkah sahaja lagi untuk tiba ke Gaza.

    Alhamdulillah sampai di Tunisia.

    Saya keluar naik ke bahagian atas kapal, dan terdengar laungan azan.

    Dalam masa yang sama, pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil ini memaklumkan dia juga berasa gementar kerana mereka akan memulakan pula pelayaran ke Gaza dengan melalui perairan antarabangsa yang diklasifikasikan sebagai zon merah.

    Semakin dekat dengan Tunisia sebenarnya semakin mendebarkan, kerana tak lama lagi kami akan masuk ke perairan antarabangsa dan boleh dikatakan ‘red zone’.

    Mungkin ketika itu agak susah dah kami nak update atau buat ‘live’ kerana kami perlu sentiasa bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

    Di akhir perkongsian, pelantun lagu ‘Eh’ menzahirkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang tidak putus berdoa dan memberikan sokongan buat semua yang terlibat.

    MENARIK:  Bomba Jumpa Mayat Lelaki Di Sekitar Jambatan Sungai Klang

    Terdahulu, Zizi serta beberapa selebriti dan aktivis kemanusiaan seperti Ardell Aryana dan PU rahmat menyertai Global Sumud Fortilla dalam misi menghantar bantuan asas kepada penduduk Gaza.

    Sebanyak 24 kapal flotila dengan lebih 1,000 peserta antarabangsa daripada 44 negara termasuk Malaysia berlepas dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol menuju Gaza.

    Posting Zizi

    Sumber: Threads Zizi Kirana

    The post Zizi Kirana Tiba Di Tunisia, Akan Mula Berlayar Di Perairan ‘Red Zone’ – ‘Lepas Ini Mungkin Susah Nak Update Atau Buat Live’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah