29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Drama ‘Perfect Crown’ Terpalit Kontroversi, Byeon Woo Seok & IU Mohon Maaf – ‘Kami Akan Lebih Berhati-Hati’

    Shopee Sale

    Pelakon utama ‘Perfect Crown’ iaitu Byeon Woo-seok dan IU tampil membuat permohonan maaf selepas drama tersebut menerima kritikan kerana didakwa mengandungi kesilapan sejarah tentang adat dan tradisi diraja.

    Byeon Woo-seok mohon maaf

    View this post on Instagram

    A post shared by 변우석 Woo Seok Byeon (@byeonwooseok)

    Menerusi hantaran di Instagram, Woo-seok yang melakonkan watak I-an, seorang putera, mengakui berasa kesal dan bertanggungjawab terhadap reaksi penonton yang tidak selesa dengan karya tersebut.

    Tambahnya, dia menyedari kesilapan kerana tidak menilai dengan lebih mendalam aspek latar sejarah ketika menjalankan penggambaran.

    Saya tidak berfikir dengan cukup mendalam tentang latar sejarah dan bagaimana penonton akan menerimanya. 

    Melalui maklum balas yang diterima, saya mula melakukan refleksi diri dan sedar bahawa saya perlu lebih bertanggungjawab bukan sahaja terhadap lakonan, tetapi juga konteks karya.

    Saya benar-benar minta maaf. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang terus memberi sokongan dan teguran. Saya akan lebih berhati-hati dalam projek akan datang.

    IU akan lebih berhati-hati

    View this post on Instagram

    A post shared by 이지금 IU (@dlwlrma)

    Sementara itu, pelakon dan penyanyi IU yang turut membintangi drama tersebut sebagai Seong Hee-ju juga memuat naik permohonan maaf di Instagram pada hari yang sama.

    MENARIK:  Farid Kamil Menegakkan Rumah Tangga, Diana Dianelle Tetap Ingin Bercerai [VIDEO]

    IU mengakui kelemahan dirinya kerana tidak meneliti aspek ketepatan sejarah sebelum terlibat dalam projek tersebut.

    Sebagai salah seorang pelakon utama, saya sangat kesal kerana gagal bertanggungjawab dan mengecewakan ramai.

    Saya telah membaca setiap komen penonton dan sedar bahawa tiada alasan untuk saya tidak berfikir dengan lebih mendalam tentang kesilapan sejarah sebelum berlakon.

    Saya sepatutnya lebih berhati-hati ketika memahami skrip yang berasaskan dunia imaginasi tetapi berakar daripada sejarah kita sendiri. Saya malu kerana tidak menyedari perkara ini lebih awal.

    IU turut berterima kasih kepada orang ramai yang memberi sokongan kepada dan menegaskan dia akan lebih berhati-hati dalam projek akan datang.

    Kontroversi tercetus apabila satu babak pertabalan memaparkan laungan ‘Cheonse’ yang membawa maksud harapan agar pemerintah hidup panjang.

    Namun, penggunaan istilah itu dianggap tidak tepat dalam konteks Korea sebagai negara merdeka, sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan penonton dan pengkritik sejarah.

    ‘Perfect Crown‘ terbitan MBC dengan 12 episod telah menamatkan siaran pada Sabtu lalu.

    Sumber: Instagram Byeon Woo Seok, IU

    The post Drama ‘Perfect Crown’ Terpalit Kontroversi, Byeon Woo Seok & IU Mohon Maaf – ‘Kami Akan Lebih Berhati-Hati’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah