29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Luah Hasrat Mahu Timang Cahaya Mata, Nasihat Siti Nurhaliza Raih Perhatian – ‘Hari Arafah Nanti Doa Seikhlas Hati & Mohon Keampunan’

    Shopee Sale

    Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyorot perhatian ramai apabila tampil memberikan respon kepada seorang warganet yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat.

    Artikel Berkaitan: Wanita Tak Sangka Kakak Banyak Terima Pesanan Selepas Siti Nurhaliza Bantu ‘Promote’ Cinnamon Roll – ‘Kami Akan Ingat Kebaikan Dia’

    Artikel Berkaitan: Aazief Khalid Dedah Siti Nurhaliza Kerap ‘Shopping Online’ – ‘Setiap Hari Ada Benda Baru, Dia Akan Hulurkan Kepada Mangsa Terdekat’

    Siti Nurhaliza kongsi amalan

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, wanita tersebut meluahkan keinginannya untuk dikurniakan cahaya mata dan memohon doa orang ramai agar impiannya bergelar seorang ibu tercapai.

    Tak nak datang bulan, nak mengandung bulan ini.

    Doakan boleh tak? Orang cakap kalau 40 orang yang aminkan, akan termakbul.

    Hantaran tersebut kemudian mendapat perhatian Siti Nurhaliza, yang turut berkongsi beberapa amalan serta doa, sebagai salah satu cara seorang hamba bergantung kepada rezeki Allah SWT.

    MENARIK:  Hidupkan Semangat Ramadanmu! Sahur Paling Gempak Dengan Hot FM & Dutch Lady

    Dalam masa yang sama, pelantun lagu Anta Permana itu juga meminta wanita tersebut supaya memanjatkan doa khususnya pada Hari Arafah yang bakal tiba tidak lama lagi.

    Hari Arafah nanti doa seikhlas hati dengan bersungguh-sungguh mohon keampunan Allah SWT.

    Doalah mohon cahaya mata, bersedekah, bernazar kepada Allah SWT.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menghujani hantaran berkenaan dengan doa agar wanita tersebut diberikan peluang untuk hamil.

    Sumber: Threads

    The post Wanita Luah Hasrat Mahu Timang Cahaya Mata, Nasihat Siti Nurhaliza Raih Perhatian – ‘Hari Arafah Nanti Doa Seikhlas Hati & Mohon Keampunan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah