Seorang individu berbakat dalam piza, Zaini Ahmad telah mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih tempat ke-92 dalam kategori Napolitana STG Pizza pada Pertandingan Pizza World Championship 2026 yang berlangsung di Parma, Itali.
Artikel Berkaitan: Ini Bukan Pizza Biasa, Ini Level ‘Lebih-Lebih’! Siap Torch, Lebih Isi & Keju Melimpah
Raih tempat ke-92
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Zaini menjelaskan bahawa penyertaannya dalam pertandingan tersebut adalah bagi menimba ilmu pengetahuan dengan lebih luas.
Untuk kategori Napolitana STG Pizza, saya berada di kedudukan 92 daripada 112 peserta (senarai belum rasmi).
Untuk kategori The Fastest, saya berada di kedudukan 17 daripada 29 peserta, dengan masa 01:27:02 saat untuk membuka lima doh pizza paling laju.
Secara keseluruhan, pertandingan ini melibatkan 770 peserta dari 50 negara.
Ini adalah permulaan, bukannya kejayaan.
Mengulas lebih lanjut, Zaini berkata gelaran ‘cef’ yang diberikan oleh orang ramai terhadapnya dirasakan kurang tepat dan tidak selayaknya disandang oleh dirinya.
Untuk pengetahuan semua, sama ada yang dah kenal atau yang baru kenal, saya bukan Cef Zaini.
Saya hanyalah seorang pizza chef, sama seperti pizza chef lain di Malaysia. Bagi saya, gelaran “chef” itu sangat berat, dan saya rasa saya belum layak untuk memegang gelaran tersebut.
Sebelum ini, nama Zaini menjadi bualan di media sosial apabila memaklumkan akan beraksi di pentas antarabangsa dalam Pizza World Championship di Parma, Itali pada 14 hingga 16 April 2026.
Sumber: Threads
The post Zaini Ahmad Rangkul Tempat Ke-92 Di Pizza World Championship 2026, Harum Nama di Pentas Dunia first appeared on OHBULAN!.





