Pelakon Ezzanie Jasny mengakui tidak kisah apabila segelintir peminat mula menjodohkannya dengan gandingan hero, Lorenzo Irmann selepas keserasian mereka dalam drama berjaya mencuri perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Dah 27 Tahun Masih Belum Ada Pasangan, Tengok Orang Lain Bahagia Buat Saya Tersentuh’ – Ezzanie Jasny
Artikel Berkaitan: ‘Orang Nampak Berlakon Senang, Tapi Hakikatnya Tak.. Nak Buat Scene Menangis Pun Susah’ – Ezzanie Jasny
Ezzanie, Lorenzo hanya berkawan

Ketika ditemui , pemilik nama Nur Ezzanie Sherazade Jasny itu menganggap tindakan peminat menjodohkannya dengan Lorenzo sebagai sesuatu yang normal, lebih-lebih lagi mereka membawakan kisah percintaan dalam drama berkenaan.
Saya rasa perkara itu biasa sebab kami bawakan cerita mengisahkan tentang cinta. Baguslah, maksudnya cerita itu sampai kepada semua.
Kami berdua sebenarnya banyak repost video dan gambar yang peminat sunting dari drama itu.
Ini sebenarnya kali pertama orang gadingkan saya dengan pelakon lelaki sebab sebelum ni kebanyakan hero yang saya berlakon semua dah berkahwin atau yang ada pasangan.
Ezzanie berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Astro Fandom di D Theatre, Empire Damansara, pada Selasa.
Ezzanie puji Lorenzo

Sementara itu, pelakon drama Layang-Layang Perkahwinan ini mengakui selesa untuk bekerjasama dengan Lorenzo memandangkan aktor itu banyak membantu sepanjang proses penggambaran selain sentiasa memberikan komitmen terhadap kerjayanya sebagai anak seni.
Dia seorang kawan yang baik, dia sangat bagus berlakon. Pada usia dia yang sekarang dan dah mula berlakon dalam cerita yang agak berat, itu adalah permulaan yang baik.
Dia sangat best, banyak membantu dah tak banyak main di set penggambaran, itu yang saya sangat hormati dia.
Bagaimanapun, Ezzanie menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja dan kekal profesional.
Saya dengan dia tak ada apa-apa, kami profesional.
Ditanya mengenai status dirinya, Ezzanie yang mengakui sudah beberapa tahun hidup solo berkata dia terbuka sekiranya bertemu lelaki yang sesuai. Namun, sebagai seorang wanita yang berdikari, Ezzanie mengakui dia kini lebih selektif dalam memilih pasangan.
Saya dah beberapa tahun single, jadi bila ada orang baru dayang dalam hidup..saya nak lah mencuba dan beri peluang.
Tapi kadangkala, susah sebab kita dah terlalu berdikari dan tahu apa yang kita nak. Jadi, bila ada perkara yang rasa tak kena, terus jadi hilang minat sikit.
Tambahnya, walaupun ada lelaki yang cuba mendekati atau ingin berkenalan dengannya, dia lebih selesa menjalinkan hubungan sebagai kawan selagi tiada ikatan yang sah.
Selagi kita belum ada apa-apa ikatan, cincin belum disarungkan, kita kawan.
The post Ezzanie Jasny Nafi Bercinta Dengan Lorenzo Irmann, Kekal Profesional – ‘Dia Seorang Kawan Yang Baik’ first appeared on OHBULAN!.





