Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah, mengakui dia sememangnya pernah memasang niat untuk berhijab sebelum ini, namun merancang untuk melakukannya secara berperingkat apabila tiba masa yang dirasakan sesuai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Hanifiah Dedah ‘Offer’ Diri Urus Anak Tiri Sebelum Kahwin – ‘Saya Nak Tahu Mampu Ke Tidak’
Artikel Berkaitan: ‘Walaupun Bukan Mummy Yang Melahirkan…’ – Watie Hanifiah Titip Ucapan Menyentuh Hati Sempena Hari Lahir Thalita
Shuib yang menggalakkan pakai tudung
Menerusi sebuah podcast bersama The Corner Sisters di TikTok, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata, sebelum ini dia merasakan belum bersedia sepenuhnya untuk berhijab dan menyangka akan mula bertudung selepas berkahwin.
Memang ada rasa nak bertudung.
Tapi saya punya plan masa tu, ‘Okey nanti, step by step lah.’
Pastu saya cakap, ‘Nanti dah kahwin, pregnant, pakai baju macam baby bump, melaram semua, anak dah besar sikit, baru pakai tudung.’
Saya rasa, mungkin nak pakai tudung kalau umur dah 40 tahun.
Kadang kita ada niat, cuma timing tu, tak tahu bila yang macam bersedia.
Dalam masa sama, Watie tidak menafikan bahawa suaminya menjadi asbab yang mendorong dirinya untuk berhijab.
Walaupun orang cakap macam, ‘Oh, pakai tudung sebab nak kahwin dengan Shuib je.’
Saya tak nafikan, yang penyebab saya pakai tudung adalah kerana Shuib.
Jelasnya lagi, setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan mempunyai sebab tersendiri.
Bagaimanapun, Watie menjelaskan dia tidak pernah berjanji kepada suaminya untuk berhijab, malah keputusan itu dibuat atas kesedaran dan keikhlasan hati sendiri tanpa memaklumkannya terlebih dahulu.
Dalam hidup ini semestinya ada penyebab.
Mati pun mesti ada penyebab, accident, mati mengejut, mati sakit, dan semua dalam dunia ini pasti ada sebab dia.
Memang sebabnya adalah kerana Shuib.
Kalau tak kerana dia yang hantar satu video kartun yang menggalakkan.
Saya pun tak fikir lagi bab ini, masa dia bagi tu, saya pun macam, ‘Oh okey.’
Saya tak pernah janji apa-apa.
Saya pakai tudung pun tak bagi tahu dia yang saya dah pakai tudung.
Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada Jun 2023.
Hasil perkahwinan, pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pada 6 April.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Saya Tak Nafikan, Penyebab Pakai Tudung Adalah Shuib’ – Watie Hanifiah first appeared on OHBULAN!.




. Tapi kalau ikut kat sini sebab shuib bagi 1 kotak tudung jadi shuib antara sebabnya lah kan hahah #fyp #fypシ゚ #malaysia #shuibsepahtu #watiehanifiah 

