Pelakon, Irfan Zaini mengakui berasa kekok dan sensitif ketika menjayakan beberapa babak dalam drama terbaharu lakonannya, ‘Luka Di Hujung Setia’.
Artikel Berkaitan: ‘Mak Tak Berapa Suka Saya Berlakon, Tak Kisah Watak Baik Atau Jahat’ – Irfan Zaini
Artikel Berkaitan: Irfan Zaini Mahu Cuba Watak Lelaki Lembut, Tak Kisah Cukur Jambang – ‘Tak Ada Orang Akan Percaya Saya Boleh Bawa’
Rasa bersalah

Ketika ditemui , Irfan Zaini atau nama penuhnya Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 30, berkata dia dibesarkan dalam keluarga yang majoritinya berhijab, sekali gus membuatkan dirinya berasa sedikit bersalah untuk melakonkan adegan tersebut.
Kata Irfan, dia melihat babak tersebut sebagai tuntutan watak dan percaya ia mampu menarik perhatian penonton terhadap jalan cerita yang dipaparkan.
Bila saya fikir sebagai diri sendiri, rasa macam kekok dan susah sikit sebab adik-beradik dan ibu saya semuanya berhijab.
Jadi ada rasa bersalah, sensitif sangat.
Tapi bila fikir ia hanyalah tuntutan watak, saya rasa babak itu boleh buat netizen tertarik dengan
episod tersebut, jadinya saya setuju.Pengarah dan gandingan saya pun mudah untuk bekerjasama.
Kadang-kadang kalau gandingan kita tak selesa, kita tak boleh buat juga.
Tapi bila dah selesa, semuanya berjalan lancar.
Irfan berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Astro Fandom di D Theatre, Hextar World Empire City, Petaling Jaya, pada Selasa.
Berbincang terlebih dahulu

Dalam pada itu, aktor filem ‘Blood Brothers’ menjelaskan bahawa setiap babak yang dianggap sensitif akan dibincangkan terlebih dahulu bersama aktres, Zara Zya dan pihak produksi bagi memastikan keselesaan semua pihak yang terlibat.
Memang dari awal kami sudah bincang.
Bukan untuk drama ini saja, filem atau drama lain yang saya terlibat pun akan buat perkara
sama.Katakan kalau rakan pelakon kita itu sudah kahwin, lebih baik kita tanya pada suaminya terlebih dahulu.
Bagi saya, itu adalah yang sepatutnya.
Dalam masa sama, Irfan turut menegaskan bahawa setiap karya perlu dilihat dalam konteks penceritaannya.
Meskipun ada sesetengah yang mengetengahkan elemen sensitif, ia tetap sebuah naskhah yang membawa mesej dan pengajaran kepada penonton.
Walaupun ada yang akan bawa elemen kerohanian, tapi ini hanya lakonan.
la adalah satu pengajaran kepada penonton.
Jelas Irfan lagi, dia mempunyai batas tertentu yang tidak sanggup dilakukannya dalam lakonannya, malah mengakui lebih rela membuka butang bajunya sendiri daripada membuka tudung aktres berkenaan.
Saya sanggup buka butang baju saya sendiri, daripada nak buka tudung Zara Zya dalam babak itu.
Part itu memang saya tak sanggup langsung.
Jadi kami duduk hampir sejam berbincang dan apabila dia ditayangkan, ramai yang suka dan penonton faham ini hanyalah lakonan.
The post ‘Saya Sanggup Buka Butang Baju Sendiri, Daripada Buka Tudung Dalam Babak Itu’ – Irfan Zaini first appeared on OHBULAN!.





