33.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Wanita Warga Emas Gigih Cari Rezeki, 20 Tahun Jadi Maskot Doraemon

    Shopee Sale

    Seorang wanita warga emas dikenali sebagai Siti Endon, yang berasal dari Kemaman, menyentuh hati ramai apabila telah lebih 20 tahun mencari rezeki dengan memakai kostum maskot Doraemon di kawasan awam.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Remaja Mualaf Dari Kemboja Raih Perhatian Warganet, Gigih Bantu Ibu Bapa Jual Mangga

    MENARIK:  ‘Kuat & Tabah, Itulah Sifat Yang Ada Padamu Apabila Dewasa Nanti’ – Fazura

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu OKU Gigih Cari Rezeki, Berdiri 10 Jam Jual Kerepek – ‘Sehari Paling Banyak Dapat RM34’

    Sudah 20 tahun pakai maskot

    " data-video-id="7640018109188836616" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @alharamainkuantan

    𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 ❤ Kadang-kadang… mereka tidak meminta banyak. Cukup ada yang bertanya khabar & sudi menghulurkan bantuan. 🥺 Puan Siti Endon tinggal bersendirian dan meneruskan kehidupan dengan membuat maskot Doraemon sejak lebih 20 tahun lalu. Dengan bantuan yang terhad, beliau tetap kuat menjalani hari-hari seperti biasa. 𝗔𝗹 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗧𝗿𝗮𝘃𝗲𝗹 & 𝗧𝗼𝘂𝗿𝘀 sentiasa percaya, rezeki yang baik juga datang daripada hati yang saling membantu. 🤍 Tonton video ini sampai habis & sama-sama doakan semoga dipermudahkan segala urusan buat beliau. 🙏✨ 𝗝𝗼𝗺 𝘀𝗮𝗺𝗮-𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻. Mungkin kecil bagi kita, tapi besar buat mereka yang memerlukan. #Alharamaintravel #AlHaramainTravelTours #UmrahMalaysia #BantuanAsnaf #SedekahJariah

    ♬ original sound – Al Haramain Cawangan Kuantan – Al Haramain Cawangan Kuantan

    Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Siti memaklumkan bahawa hubungannya bersama keluarga telah lama terputus, dan kini dia hanya mempunyai anak saudara yang menetap di Kuala Terengganu.

    Saya hari-hari ada dekat sini

    Saya berasal dari Kemaman.

    Saya pakai maskot Doraemon ini dah 20 tahun.

    Keluarga saya dah putus hubungan dan tak tahu macam mana keadaan mereka.

    Keluarga adik-beradik dah tak ada dah.

    Tinggal anak-anak saudara sahaja yang tinggal di Kuala Terengganu.

    Saya tinggal di sini seorang sahaja.

    Nama saya, Siti Endon.

    Menurut Siti, dia menerima bantuan kebajikan daripada pihak Baitulmal sebanyak RM500 sebulan, namun sebahagian besar daripada jumlah itu digunakan untuk menampung sewa rumah yang mencecah RM400 sebulan.

    Saya ada dapat bantuan daripada Baitulmal.

    Mereka bagi bantuan sebanyak RM500 untuk sebulan, tapi itu hanya buat bayar sewa rumah sahaja.

    Harga sewa rumah saya RM400.

    Diganggu

    Dalam pada itu, Siti memaklumkan keadaan menjadi semakin mencabar terutama ketika musim hujan apabila pendapatan hariannya terjejas, malah ada hari dia sukar memperoleh walaupun seringgit.

    Sekarang ini musim hujan, kadang-kadang nak dapat seringgit pun susah.

    Kadang-kadang saya sampai pukul 7 pagi dah ada di sini.

    Orang ketawakan saya, ‘Pukul 7 pagi mana ada orang.’

    Saya balik pukul 10 malam.

    Saya datang sini jalan kaki.

    Saya akan singgah ke pasar, nak beli ayam untuk kucing.

    Dalam masa sama, Siti turut berdepan pelbagai cabaran termasuk gangguan daripada segelintir individu tidak bertanggungjawab yang bertindak mengetuk kepalanya ketika memakai kostum sehingga menyebabkan kesakitan.

    Pakai kostum maskot ini memang panas.

    Ini pun dah kemek sebab kena hujan.

    Ada juga geng-geng gangster, mereka pukul saya.

    Dia ketuk empat kali, dan lari.

    Tapi yang ni kuat dia ketuk, sakit kepala saya.

    Dia buat kacau-kacau lagi, selepas dia ketuk dia nak kacau lagi.

    Mak dia ada sahaja duduk di situ.

    Hari itu ada orang letak duit dalam tabung saya, saya tak ambil.

    Selepas itu, saya nampak dia lalu, dan tengok duit dalam ini dah hilang.

    Dia ambil duit dalam ini.

    Umur saya dah 63 tahun.

    Alhamdulillah, saya sihat lagi dan tak ada penyakit.

    Sekadar info, Siti menjalankan aktiviti sebagai maskot Doraemon di sekitar kawasan SOGO, Kuala Lumpur.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Wanita Warga Emas Gigih Cari Rezeki, 20 Tahun Jadi Maskot Doraemon first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah