33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes rasuah gajah RM53 juta: SPRM bersih nama Nik Nazmi

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang bukti aliran wang atau transaksi mencurigakan membabitkan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung dakwaan penerimaan rasuah RM53 juta berkaitan pemindahan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) ke Jepun.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman berkata perkara itu disahkan hasil semakan awal menerusi Laporan Transaksi Tunai (Cash Threshold Report-CTR) dan Laporan Transaksi Mencurigakan (Suspicious Transaction Report-STR) yang tidak menunjukkan sebarang transaksi kewangan mencurigakan kepada bekas menteri itu atau syarikat berkaitan dengannya.

    Abd Halim Aman

    “Berdasarkan siasatan yang dijalankan, setakat ini tiada bukti menunjukkan terdapat aliran wang atau transaksi mencurigakan kepada bekas menteri terbabit mahupun syarikat berkaitan.

    “Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan terhadap empat suspek yang dikenal pasti, khususnya melibatkan analisis kewangan dan perbankan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

    Abd Halim berkata empat suspek berkenaan terdiri daripada seorang bekas penjawat awam, seorang penjawat awam yang masih berkhidmat serta dua pemilik syarikat, manakala 19 saksi dipanggil bagi membantu siasatan.

    Abdul Halim berkata siasatan menerusi Ops DAK itu dijalankan susulan maklumat diterima SPRM berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa sekitar 2021 hingga 2022 berkaitan urusan pemindahan tiga ekor gajah berkenaan dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

    Mengulas lanjut, dia berkata siasatan setakat ini mendapati kos pemindahan tiga gajah itu tidak melibatkan dana kerajaan Malaysia, sebaliknya ditanggung sepenuhnya oleh Zoo Osaka berjumlah USD1.048 juta (kira-kira RM6.3 juta).

    MENARIK:  Bekalan air 60,000 pengguna Sains terjejas akibat paip pecah

    Dia berkata keberadaan gajah berkenaan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah pula adalah bagi tujuan sementara untuk menjalani latihan kurungan sebelum diterbangkan ke Jepun.

    Mengenai tempoh perjanjian 25 tahun yang dibangkitkan, dia berkata tempoh itu didapati munasabah mengambil kira faktor biologi gajah termasuk tempoh bunting kira-kira dua tahun serta anggaran kelahiran maksimum enam ekor anak sepanjang tempoh berkenaan.

    Sementara itu, Abdul Halim berkata siasatan terhadap empat suspek berhubung Ops DAK masih berjalan kerana terdapat beberapa transaksi yang perlu diperjelaskan menerusi penelitian jejak wang dan akaun bank.

    “Sebahagian besar siasatan boleh dikatakan hampir selesai. Selepas perkara itu (penelitian jejak wang) dimuktamadkan, SPRM akan menentukan tindakan lanjut sama ada pertuduhan dibuat atau kes ditutup,” katanya.

    Abdul Halim menegaskan SPRM akan terus menjalankan siasatan secara bebas, profesional dan berlandaskan undang-undang tanpa dipengaruhi sebarang spekulasi atau tekanan daripada mana-mana pihak.

    Dia berkata semua pegawai penyiasat diarahkan memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan berdasarkan fakta, keterangan serta bukti supaya tiada perkara terlepas daripada penelitian.

    Semalam, media melaporkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Mohamed Akmal Dahalan berkata dokumen yang diminta SPRM adalah berkaitan memorandum persefahaman (MoU) penghantaran tiga ekor gajah itu ke Jepun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah