30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Akui Terlanjur, Cari Penjaga Untuk Bayi Dalam Kandungan – ‘Saya Tak Jual, Hanya Nak Bagi’

    Shopee Sale

    Seorang individu mengakui sudah terlanjur dan mendakwa dirinya kini sedang hamil tanpa pengetahuan keluarga.

    Artikel Berkaitan: ‘Aku Pernah Terlanjur…’ – Isteri Penat Dihantui Rasa Bersalah, Suami Pula Memberi Layanan Sempurna

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Hamil Tapi Tak Tahu Anak Siapa, Takut Nak Check’ – Isteri Mengaku Terlanjur, Sunyi Tak Dilayan Suami

    Terlanjur

    Sekadar gambar hiasan

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu terbabit mencari penjaga anak dalam kandungannya kerana enggan mengambil keputusan untuk menggugurkan.

    Saya dah terlanjur dulu dan sekarang ada sesiapa nak anak tak? Sekarang tengah mengandung tapi saya tak pernah scan pun.

    Baby selalu tendang-tendang dan perut pun dah mula nampak membesar.

    Keluarga saya tak tahu tentang ini. Saya rasa nak gugurkan tapi rasa berdosa sangat.

    Budak ini tidak bersalah.

    Beri anak pada yang memerlukan

    Dalam pada itu, individu itu memaklumkan dia akan mula bekerja namun bimbang urusan penjagaan.

    MENARIK:  Fizz Fairuz Mahu Hantar Anak Masuk Pusat Tahfiz, Ingin Lihat Jadi Penghafal Al-Quran

    Tambahnya, dia tidak menerima sebarang wang ringgit kerana ikhlas mahu mencari penjaga anak yang tidak bersalah itu.

    Saya tak tahu nak fikir apa, sekarang saya pun tak kerja.

    Tapi baru nak mula kerja. Saya risau budak ini makin membesar dan saya tak boleh nak kerja.

    Saya tak jual, hanya nak bagi. Sekarang pun saya tak buka buku pink lagi.

    Takut nak pergi sorang, tak tahu nak kena buat apa.

    Sumber: Threads @sac.hilil

    The post Wanita Akui Terlanjur, Cari Penjaga Untuk Bayi Dalam Kandungan – ‘Saya Tak Jual, Hanya Nak Bagi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah