29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN Johor: Bersih dakwa salah guna jentera k’jaan berleluasa

    Shopee Sale

    Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendakwa penggunaan aset dan jentera kerajaan bagi tujuan kempen masih berlaku ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor memasuki minggu kedua.

    Badan pemantau pilihan raya itu berkata penggunaan aset dan jentera kerajaan oleh parti pemerintah boleh memberi kelebihan berat sebelah kepada calon yang mempunyai akses kepada sumber kerajaan.

    "Pasukan Pemantau Bersih mendapati amalan penyalahgunaan aset dan jentera kerajaan masih terus berleluasa sepanjang tempoh berkempen oleh parti-parti dan calon-calon bertanding, khususnya daripada parti kerajaan memerintah.

    "Bersih mengecam sekeras-kerasnya penyalahgunaan pelbagai sumber, aset dan institusi kerajaan bagi tujuan berkempen.

    "Perbuatan ini memberikan kelebihan yang tidak adil kepada parti-parti dan calon-calon yang mempunyai akses kepada jentera kerajaan serta menjejaskan integriti pilihan raya," katanya pada kenyataan hari ini.

    Bersih menyenaraikan beberapa program membabitkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang menurutnya menimbulkan persoalan etika pilihan raya.

    Antaranya, Bersih mendakwa terdapat aktiviti kempen membabitkan calon PH DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik di Klinik Kesihatan Sultan Ismail.

    Bersih turut membangkitkan program membabitkan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di Bandar Tenggara dan Kota Tinggi.

    Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas daripada Maszlee, Kementerian Kesihatan, Zahid dan BN.

    Selain itu, NGO berkenaan turut mempersoalkan Program Jelajah Tvet Mara di Kluang, yang menurut Bersih digunakan Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi untuk menyeru sokongan kepada calon BN.

    Bagaimanapun, Onn Hafiz pada Isnin menafikan dakwaan bahawa pelajar sebuah kolej pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dipaksa menghadiri program kempen parti itu pada Sabtu lalu.

    Satu video tular memaparkan Onn di atas pentas program Jelajah TVET Mara, ketika dia menyeru sokongan kepada calon BN dalam pilihan raya negeri Johor.

    Onn turut mengingatkan penduduk Simpang Renggam supaya mengundinya ketika membuang undi.

    MENARIK:  Bekas MP Silam kembali ke rahmatullah

    Dalam pada itu, Pemantau Bersih turut mendakwa terdapat cabutan bertuah dalam program bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim di DUN Bukit Naning, yang menurutnya membabitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

    Menurut Bersih, program itu turut menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma dan pesta makan durian percuma, yang pada pandangannya wajar disiasat kerana mungkin menimbulkan persoalan bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

    Selain itu, Bersih berkata ia turut menerima maklumat bahawa beberapa agensi dan jabatan kerajaan, termasuk Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor (MKN), Telekom Malaysia, Pos Malaysia, J-KOM dan SKMM, diminta menghadiri program Dialog PRN Johor yang dianjurkan Jabatan Penerangan Negeri.

    "Bersih menggesa pihak berkuasa seperti SPR dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat semua kejadian yang dibangkitkan serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang pilihan raya," katanya.

    Tegasnya, kegagalan menangani isu itu akan terus menjejaskan keyakinan rakyat terhadap integriti dan keadilan proses pilihan raya.

    "Ini bukan soal menuding jari kepada mana-mana parti politik. Contoh-contoh yang dibangkitkan melibatkan pelbagai parti yang bertanding.

    "Hakikatnya, penyalahgunaan aset dan jentera kerajaan telah menjadi budaya politik yang merentasi garis kepartian. Oleh itu, tidak timbul soal siapa yang lebih bersalah atau saling menuduh antara satu sama lain; kedua-duanya melakukan amalan yang sama dan kedua-duanya mesti dipertanggungjawabkan," tegas Bersih lagi.

    Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas kesahihan dakwaan Bersih ini dan masih menunggu penjelasan lanjut pihak-pihak yang disebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah