28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Haram Tinggal Di Rumah Pusaka Tanpa Izin Atau Persetujuan Waris Lain’ – Peguam

    Shopee Sale

    Peguam Syarie, Nuaim Razak berkongsi mengenai isu pemilikan rumah pusaka yang sering disalah anggap dalam kalangan masyarakat

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adik Lelaki Sulung Dakwa Shila Amzah Terajang Pintu, Pernah Janji Tak Akan Jual Rumah Pusaka – ‘Dia Ingat Duit Boleh Bawa Mati’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rumah Pusaka Hangus Dijilat Api, Issey Terkejut Al-Quran Tidak Terbakar – ‘Kuasa Allah…’

    ‘Haram duduk rumah pusaka tanpa izin’

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, beliau menjelaskan bahawa seseorang yang menetap di rumah pusaka tanpa keizinan atau persetujuan waris lain adalah perbuatan yang tidak dibenarkan dan boleh dianggap haram.

    Haram duduk rumah pusaka tanpa izin atau persetujuan waris lain.

    Tambahnya lagi, meskipun seseorang itu paling banyak berjasa semasa hayat si mati, itu tidak menjadikan rumah tersebut hak milik mutlaknya.

    Hal ini kerana, sekiranya duduk tanpa persetujuan waris yang lain, ianya boleh dianggap melanggar hak orang lain.

    Bila dah diberi keizinan, bukan bermakna rumah tersebut milik kita sepenuhnya sekalipun kita yang paling banyak berjasa sepanjang hayat arwah. 

    ‘Waris ada hak atas bahagian masing-masing’

    Pemilikan hanya berlaku secara sah apabila semua waris bersetuju untuk melepaskan hak masing-masing melalui kaedah takharuj, iaitu suatu bentuk pelepasan hak secara sukarela, sama ada dengan balasan atau tanpa balasan.

    Takharuj antara penyelesaian yang boleh dicapai bersama ahli waris. Dilakukan dengan prinsip reda meredai dan toleransi. Sebaiknya direkodkan. 

    Jika tiada, rumah tersebut hanya menjadi satu amanah yang perlu dijaga dan diuruskan sebaiknya. Tetap ada batasan dan sekatan yang tidak boleh dilangkau.

    Tambahnya lagi, jika takharuj tidak dilakukan, rumah pusaka itu hanyalah satu amanah yang perlu diuruskan dengan penuh tanggungjawab, dan bukan untuk dimiliki secara peribadi. 

    Segala keputusan berkaitan harta tersebut perlu melibatkan semua waris kerana masing-masing masih mempunyai hak ke atas bahagian pusaka.

    Beliau turut menjelaskan bahawa waris hanya boleh melepaskan hak pusaka mereka jika mereka telah baligh dan berakal, mampu mengurus harta, faham dan sedar tentang bahagian yang ditinggalkan dan bertindak secara sukarela tanpa paksaan sama ada dengan balasan (bayaran pampasan) atau tanpa balasan.

    MENARIK:  [VIDEO] Shaniena Natasya Perjelas Sebab Anak Tiri Panggil ‘Auntie’ – ‘Cuba Bayangkan Kalau Kita Di Tempat Ibu Kandungnya’

    Sumber: TikTok Nuaim Razak

    The post ‘Haram Tinggal Di Rumah Pusaka Tanpa Izin Atau Persetujuan Waris Lain’ – Peguam first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah