29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Budak 11 Tahun Maut Selepas Diperk*sa, Disumbat Dalam Guni & Dicampak Hidup-Hidup Ke Dalam Kolam

    Shopee Sale

    Kes rogol berkumpulan dan pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Baruipur, West Bengal dipercayai telah dirancang lebih awal.

    Dirogol, dicampak dalam kolam

    Mangsa dilaporkan hilang pada Sabtu selepas keluar dari rumahnya untuk membeli hadiah hari jadi buat seorang rakannya sebelum mayat mangsa ditemui pada Ahad.

    Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian sulit, selain kesan calar dan gigitan.

    Bahagian kepala mangsa turut mengalami kecederaan parah dipercayai akibat dipukul menggunakan objek tumpul.

    Difahamkan, mangsa masih hidup ketika dicampakkan ke dalam kolam berdasarkan air yang dikesan dalam paru-paru dan perutnya

    MENARIK:  Dato’ Sri Aliff Syukri Kongsi Detik Awal Perjalanan Bisnes Dengan Shopee

    Siasatan awal mendapati salah seorang suspek membawa mangsa ke sebuah lokasi sebelum dua lagi suspek menunggu di situ. 

    Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, mereka memasukkan mangsa ke dalam guni sebelum membuangnya ke dalam sebuah kolam.

    Setakat ini, tiga suspek termasuk individu yang didakwa sebagai dalang utama, Ananda Sardar, telah ditahan pihak polis.

    Sumber: NDTV

    The post Budak 11 Tahun Maut Selepas Diperk*sa, Disumbat Dalam Guni & Dicampak Hidup-Hidup Ke Dalam Kolam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah