27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Ya, Saya Sudah Bergelar Janda’ – Nina Iskandar Sahkan Perceraian

    Shopee Sale



    Pelakon Nina Iskandar mengakui sudah bercerai dengan bekas suaminya, Azlan Adzanan.

    Sudah bercerai

    Ketika ditemui , Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar memaklumkan perceraian tersebut berlaku pada tahun lalu.

    Bagaimanapun, Nina berkata, mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak tahun 2022.

    Ya, saya sekarang sudah bergelar janda. Sampai bila saya mahu berselindung. Sebelum ini, kes perceraian kami masih berjalan jadi saya tidak berani unyuk berkongsi kepada peminat dan rakan media.

    Jadi sekarang baru saya boleh jelaskan mengenai status saya sekarang. Kami bercerai tahun lalu.

    Pelakon berusia 34 tahun itu memilih untuk merahsiakan perceraiannya kerana mahu menjaga hubungan baik kedua-dua keluarga.

    Saya sebenarnya bukan jenis suka mengheboh-hebohkan kerana saya mahu menjaga aib kedua dua belah pihak selain menjaga sensitiviti keluarga.

    Malah sebelum ini ada rakan media bertanya mengenai perkara sama namun tidak boleh beritahu perkara sebenar kerana ketika itu perceraian masih belum rasmi.

    Nina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk penjagaan bibir Skandarl, yang berlangsung di St. Giles Boulevard Hotel pada Khamis.

    MENARIK:  Erra Fazira Tepis Dakwaan Riak Kongsi Kejayaan Engku Aleesya – ‘Berbalik Kepada Hati Masing-Masing’

    Anak memahami

    Dalam pada itu, aktres berasal dari Brunei tersebut memberitahu anak lelakinya, Aaryan Ar-Rizqin memahami perpisahan yang terjadi.

    Alhamdulillah anak saya mengerti keadaan kami walaupun usianya baru 5 tahun.

    Saya bersama bekas suami juga memilih untuk membesarkan Rizain bersama-sama. Saya tidak mahu memutuskan hubungan di antara anak dan ayah.

    Mereka juga bebas untuk berhubung menerusi panggilan video. Saya juga ada bawa dia ke Johor untuk berjumpa dengan bekas suaminya dan keluarga bekas mentua.

    Untuk rekod, Nina Iskandar telah mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah Azlan Adzanan, yang juga dikenali sebagai Lan Lebah, pada April 2019.

    Hasil perkahwinan tersebut, Nina dan Azlan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Aaryan ar-Rizqin, yang dilahirkan pada 23 Disember 2019.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah