29 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ali Reza Tak Kisah Lambat Menyerlah Dalam Industri, Percaya Pada Rezeki – ‘Saya Hanya Mahu Bekerja Dengan Jujur & Ikhlas’

    Shopee Sale

    Pelakon Ali Reza mengakui pernah berdepan tekanan apabila perjalanan kerjaya seninya dilihat kurang menyerlah berbanding rakan seperjuangan lain.

    Artikel Berkaitan: Ali Reza Nafi Kecewakan Hati Penyanyi Terkenal – ‘Tak Pernah Jalin Cinta Dengan Penyanyi, Pelakon Ada’

    Artikel Berkaitan: Ali Reza Sedia Buka Pintu Hati, Tak Kisah Usia Bakal Pasangan – ‘Boleh Terima Kekurangan Saya’

    Ali Reza pernah tertekan

    Ketika ditemui , pemilik nama sebenar Ali Reza Kavoossi, 29, berkata sikap membandingkan diri dengan pencapaian orang lain hanya akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan diri dan kerjayanya.

    Pada mulanya saya tengok perkara ini sebagai tekanan, tapi selepas itu saya anggap ia sebagai satu perjalanan.

    Bila kita terlalu bandingkan diri kita dengan orang sebelah, dia dah banyak follower, dia dah makin terkenal, dia cepat naik daripada aku, benda tu takkan membantu.

    Kita kena fokus dengan apa yang kita sedang lakukan. Ia mengambil masa sebab banyak pengalaman yang saya belum lalui dalam hidup.

    Bagaimanapun, selepas enam tahun berada dalam industri, Ali kini lebih matang dan memahami bahawa setiap pelakon mempunyai perjalanan serta masa tersendiri untuk mencipta nama.

    Jadi sekarang selepas dah enam tahun berada dalam industri, saya rasa dah matang, berdikari dan boleh bawa diri dengan baik, alhamdulillah.

    Setiap orang ada ‘tipping point’ masing-masing. Ada yang cepat menyerlah dan ada yang mengambil masa. Saya percaya masa saya juga akan tiba nanti.

    Saya hanya mahu buat kerja dengan jujur dan ikhlas. Itu lebih penting daripada memikirkan siapa lebih popular.

    Ali berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Bulan Henti Bicara di Bizmilla Putrajaya, baru-baru ini.

    MENARIK:  Sarah Yasmine Tetap Mempertahankan Kasih Sayang Terhadap Aliff Aziz, Percaya Bahawa Suatu Hari Segalanya Akan Berubah – 'Saya Juga Berterus Terang Kepada Bella'

    Tak nak bandingkan diri dengan pelakon lain

    Dalam pada itu, Ali turut menyifatkan pengalaman sepanjang berada di set penggambaran banyak membantu mematangkan dirinya sebagai seorang pelakon.

    Jelasnya, setiap tawaran yang diterima dianggap sebagai peluang untuk meneroka pengalaman baharu dalam perjalanan seninya.

    Menjadi seorang pelakon membantu saya untuk mematangkan diri. Segala pengalaman yang saya lalui, kebanyakannya di set dan ketika menjalani penggambaran.

    Kalau selepas ini ada tawaran baharu, saya percaya ia akan jadi satu pengembaraan dan pengalaman baharu.

    Ditanya mengenai rakan seangkatan yang lebih dahulu mencipta nama, Ali mengakui setiap pelakon mempunyai masa tersendiri untuk menyerlah.

    Mungkin sebelum ini saya terlalu selesa, mungkin tidak dapat naskhah yang mencabar. Tapi sekarang saya rasa diri dah maju ke hadapan.

    Saya ambil perkara ini secara perlahan-lahan dan terus maju. Saya tak fikirkan pasal orang lain yang dah lebih terkenal atau popular sebab saya percaya dengan rezeki dan perjalanan sendiri. 

    Insya-Allah doakan untuk saya agar berjaya.

    The post Ali Reza Tak Kisah Lambat Menyerlah Dalam Industri, Percaya Pada Rezeki – ‘Saya Hanya Mahu Bekerja Dengan Jujur & Ikhlas’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah