Sesi soal jawab atau ‘Q&A’ yang dilakukan pelakon Rebecca Nur Al Islam menerusi Instagram Story miliknya mencuri perhatian apabila dia diajukan soalan berkaitan jodoh.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rebecca Nur Al-Islam Tegaskan Kepentingan Jaga Proses Berpantang – ‘Saya Tidak Diusik Suami 100 Hari Selepas Bersalin’
Artikel Berkaitan: ‘Kifarah Is Real, Jangan Sombong’ – Bekas Rakan Baik Titip Pesanan Kepada Rebecca Nur Al-Islam?
Jumpa pengganti?

Menerusi sesi tersebut, seorang pengikut bertanyakan sama ada Rebecca sudah menemui pengganti selepas berpisah dengan bekas suaminya.
Bagaimanapun, pelakon itu hanya memberikan jawapan ringkas apabila membalas, “Insya-Allah, doakan yang baik-baik ya,” sambil memuat naik sekeping foto memaparkan sebentuk cincin di jarinya sebagai latar belakang.
Perkongsian itu sekali gus membuatkan ramai netizen tertanya sama ada aktres berkenaan sedang melalui fasa baharu dalam kehidupannya.
Tidak hanya itu, pelakon filem Keramat tersebut turut ditanya sama ada dia bakal menamatkan zaman janda dalam masa terdekat.
Rebecca bagaimanapun tidak memberi sebarang pengesahan, sebaliknya hanya menjawab, “Impian saya, doakan saya.”
Dalam sesi sama, Rebecca turut meminta para pengikutnya agar tidak lagi memanggilnya dengan gelaran Datin, sebaliknya, lebih selesa disapa sebagai “Mummy Becca”.
Untuk rekod, Rebecca pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Nur Azman pada Januari 2011 sebelum mengumumkan perceraian mereka pada 31 Oktober tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan enam cahaya mata selain turut mempunyai seorang anak angkat.
Sumber: Instagram
The post Rebecca Nur Al Islam Jawab Pertanyaan Netizen Akan Kahwin Dalam Masa Terdekat? – ‘Doakan Saya’ first appeared on OHBULAN!.





