29 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nelydia Senrose Bergelar Ibu, Suami Ucap Terima Kasih Atas Pengorbanan

    Shopee Sale

    Pelakon, Datin Nelydia Senrose dan suami, Datuk Mohd Hafez Halimi kini bergelar ibu bapa selepas selamat menyambut kelahiran cahaya mata sulung lelaki pada Ahad.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nelydia Senrose Sebak Bakal Timang Zuriat Pertama Selepas 7 Tahun Menanti – ‘Rezeki Allah Akan Beri Tepat Pada Waktunya’

    Artikel Berkaitan: Nelydia Senrose Respon Hantaran Aprena Manrose Tentang Anak – ‘Saya Faham Perasaan Dia..Kami Sama-Sama Menanti Zuriat’

    Kelahiran anak

    Berita gembira tersebut dikongsikan oleh suaminya menerusi satu hantaran penuh emosi di media sosial yang ditujukan khas buat Nelydia.

    Dalam perkongsian itu, Hafez meluahkan rasa kagum melihat kekuatan Nelydia sepanjang proses melahirkan anak mereka selain menyifatkan isterinya seorang wanita yang hebat.

    Awak sangat berani, walaupun keadaan tidak mudah. ​​Melihat awak menjadi seorang ibu adalah perkara terindah yang pernah saya saksikan.

    Sayangku, terima kasih atas setiap pengorbanan yang awak lakukan untuk setiap air mata, setiap kekuatan, dan setiap degupan jantung yang membawa anak lelaki kita dengan selamat ke dalam pelukan.

    Awak bukan sahaja melahirkan anak kita tetapi awak juga memberi saya hadiah terhebat yang pernah saya terima.

    Dalam pada itu, Hafez menzahirkan rasa syukur atas kelahiran anak mereka yang dianggap sebagai jawapan kepada segala doa yang dipanjatkan selamai ini.

    Terima kasih kerana menjadikan saya suami yang paling bangga dan kini ayah yang paling bertuah.

    Saya berjanji akan menghabiskan sisa hidup saya dengan menyayangi, melindungi dan berdiri di sisi awak untuk setiap kegembiraan dan setiap cabaran.

    Anak lelaki kami sangat bertuah kerana mempunyai awak sebagai ibunya dan saya lebih bertuah kerana memanggil awak isteri saya.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  ‘Saya Juga Mempunyai Darah Keturunan India’ – Azad Jazmin Harap Dimaafkan

    The post Nelydia Senrose Bergelar Ibu, Suami Ucap Terima Kasih Atas Pengorbanan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah