25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Erra Fazira Tepis Dakwaan Riak Kongsi Kejayaan Engku Aleesya – ‘Berbalik Kepada Hati Masing-Masing’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira menjelaskan dia tidak pernah berniat riak apabila berkongsi mengenai kejayaan cemerlang anaknya, Engku Aleesya.

    Artikel Berkaitan: Engku Emran Kongsi Momen Berharga Aleesya Tamat Pengajian Sekolah Menengah – ‘Cantik Macam Ayah, Pandai Macam Mak’

    Artikel Berkaitan: Erra Fazira Nafi Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat

    Ambil dari sudut positif

    Ketika ditemui , pemilik nama Fazira Wan Chek, 51, berharap orang ramai melihat perkongsiannya tentang kejayaan anaknya dari sudut yang positif dan bukan sebaliknya.

    Bagaimanapun Erra berkata semuanya terpulang kepada keikhlasan hati masing-masing dalam menilai.

    Kadang-kadang manusia ini hati mereka lain-lain jadi penerimaan mungkin berbeza.

    Bagi saya kalau nak melihat perkara itu sebagai satu benda yang positif jadikan ia semangat buat anak-anak.

    Kalau tengok dari sudut positif, ia akan jadi positif. Tapi kalau orang itu mata dia ‘sakit’, maka itu hak dia untuk berkata-kata.

    Bagi saya, pilihlah yang positif. Jadi berbalik kepada hati masing-masing.

    Erra berkongsi tentang perkara itu ketika ditemui pada program riadah bersama media yang berlangsung di Sepang pada Isnin.

    MENARIK:  Mimi Lana Berdoa Bersama Syafiq Kyle di Makkah, Redakan Pemikiran Jodoh pada Allah – 'Saya Mengikuti Arus'

    Risau dengan reaksi orang ramai

    Malah kata Erra, dia sendiri tidak terlalu terbuka dalam berkongsi mengenai kejayaan anaknya kerana bimbang dengan reaksi dan penerimaan awam.

    Saya rasa kalau bahagian saya, saya tidaklah berkongsi terlalu jelas tentang keputusan anak.

    Sebab saya pun risau, ada mata-mata yang ‘sakit’ melihat hantaran saya.

    Jadi saya sangat general, saya cuma ucapkan tahniah saja.

    Dalam perkembangan lain, Erra yang juga duta kepada jenama makanan Captain Dolphin telah diraikan sempena tiga tahun pelantikannya sebagai duta.

    Pada majlis sama, jenama tersebut turut memperkenalkan tiga perisa baharu konjac jeli, iaitu calamansi, karamel dan kola di samping enam produk terbaharu yang terdiri daripada magic balls, crystal bubble, coco cube, nata de coco, jelly yogurt dan pudding yogurt.

    Untuk rekod, Erra mula bekerjasama dengan jenama produk tersebut sejak 2022.

    The post Erra Fazira Tepis Dakwaan Riak Kongsi Kejayaan Engku Aleesya – ‘Berbalik Kepada Hati Masing-Masing’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah