28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Walaupun Sibuk Dengan Kerja Seni, Tanggungjawab Jaga Bapa Tiri Tetap Nombor Satu’ – Roslan Shah

    Shopee Sale

    Walaupun jadual seninya yang padat serta jemputan persembahan yang berterusan, penyanyi dan pengacara Roslan Shah tetap menekankan bahawa keluarganya kekal menjadi keutamaan dalam hidup.

    Artikel Berkaitan: Populariti Melonjak Selepas Program ‘Night Walk’, Roslan Shah Syukur Lagu ‘Hantu Hantu Hantu’ Diterima Ramai

    MENARIK:  ‘Baru 21 Hari Kerja’ – Che Ta Bengang ‘Maid’ Ayu Raudhah Lari Rumah, ‘Kantoi’ Tidur Tengah Hari Buta!

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Roslan Shah Didakwa Curi Wang RM66,000 Milik Pempengaruh Mangobossku? – ‘Berdiam Diri Bukan Bererti Salah’

    Amanah jaga bapa tiri

    " data-video-id="7602171518042295573" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @realroslanshah

    Bapak Tiri Cik lan….Walaupun sibuk mana pun …Cik lan kena jaga anggap macam bapak sendiri…amin

    ♬ original sound – Roslan Shah – Cik Lan – Roslan Shah – Cik Lan

    Roslan atau mesra disapa Cik Lan, berkata kejayaan dalam bidang seni tidak lengkap tanpa tanggungjawab terhadap insan tersayang, khususnya amanah menjaga bapa tirinya, Muhammad Norani Muhammad Esa, 72, yang kini memerlukan perhatian sepenuhnya.

    Katanya, setiap hari rutinnya bermula dan berakhir dengan memastikan keperluan bapa tirinya terjaga, termasuk memandikan, menyediakan makanan, memberi ubat, serta menyuntik insulin di perut sebanyak dua kali sehari.

    Walaupun sibuk dengan kerja seni, tanggungjawab menjaga bapa tetap nombor satu.

    Setiap hari saya uruskan mandi, makan ubat dan cucuk insulin.

    Itu memang rutin saya.

    Ujarnya lagi, apabila dia perlu berada di Kuala Lumpur atau menghadiri persembahan di luar kawasan, tanggungjawab tersebut akan dipikul oleh abang dan adik-beradiknya.

    Kalau saya ada urusan kerja di Kuala Lumpur atau luar, abang dan adik-beradik akan tolong jaga.

    Apa yang penting, saya pegang amanah arwah mak supaya jaga bapa.

    Itu pesan terakhir arwah pada saya.

    Sudah terbiasa uruskan orang tua sendiri

    Dalam pada itu, Cik Lan mengakui dia tidak pernah terlintas untuk menghantar bapa tirinya itu ke pusat jagaan kerana sudah terbiasa dan selesa menguruskan sendiri.

    Dulu saya jaga arwah mak, sekarang jaga bapak pula. Saya anggap ini saham akhirat.

    Sejujurnya saya gembira jaga orang tua. Saya memang tak sampai hati nak hantar ke rumah jagaan.

    Terdahulu, Cik Lan berkongsi video dirinya menguruskan bapa tirinya, yang menarik perhatian di laman sosial.

    Di ruangan kapsyen, dia menegaskan bahawa walaupun sibuk, tanggungjawab menjaga bapa tirinya perlu dijalankan dan menganggapnya seperti bapa sendiri.

    Bapa tiri Cik Lan.

    Walaupun sibuk macam mana pun, Cik Lan kena jaga, anggap macam bapa sendiri.

    Perkembangan Cik Lan

    Berkongsi lebih lanjut, kerjaya seni Cik Lan terus berkembang pesat menjelang bulan Ramadan dan bulan Syawal, di mana tahun ini dia dijadualkan untuk merakam dua lagu raya baharu sebelum bermulanya puasa.

    Salah satu lagu rayanya bertajuk Sassuey Raya (Jangan Bikin Malu) diterbitkan oleh Impact Music Malaysia dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia, manakala lagu kedua, Terlepas Bas Raya, hasil ciptaan Akie TheFlow.

    Cik Lan juga baru sahaja menamatkan rakaman program televisyen Suria Sinar Lebaran 2026 atas jemputan Mediacorp Singapura, yang akan disiarkan pada malam raya.

    Di samping itu, jadual Cik Lan turut padat dengan undangan majlis berbuka puasa dan persembahan di Singapura serta Malaysia, selain membuka booth perniagaan di Bazaar Geylang, Admiralty dan Expo sepanjang musim perayaan.

    Disebabkan kekangan masa, beberapa tawaran terpaksa ditolak, termasuk peluang rakaman program MeleTOP Raya 2026 di Astro.

    Memang teringin nak buat semua, tapi jadual terlalu padat.

    Ada yang terpaksa saya tolak.

    Apa pun, saya bersyukur rezeki sentiasa ada.

    Selain itu, Cik Lan baru sahaja menamatkan penggambaran sitkom komedi Warong Kopi Melekek, di mana dia membuat penampilan istimewa dalam satu episod yang bakal disiarkan di TV1.

    Pada masa sama, jadualnya juga padat dengan tawaran persembahan nyanyian, majlis makan malam serta acara korporat hingga Disember 2026, termasuk undangan sebagai pengacara.

    Justeru, dia masih menimbang rasa sama ada sempat menghasilkan muzik video untuk lagu raya terbaharunya selain menerima tempahan ulasan Ramadan di TikTok.

    Bagaimanapun, program YouTube kendalian Cik Lan, Night Walk, yang dirakam oleh MBK Film Studio, tetap terus bersiaran setiap Isnin jam 11.59 malam, dengan menampilkan artis jemputan seperti Yassin Senario, Que Haidar, Shah Iskandar dan Kamal Adli.

    Bagaimanapun, sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba ini, Cik Lan merancang untuk berehat seketika daripada penggambaran.

    Bulan puasa saya akan kurangkan aktiviti sikit, rehat sebulan.

    Tapi apa pun, walau sesibuk mana, urus bapak tetap keutamaan.

    Sumber: TikTok Roslan Shah

    The post [VIDEO] ‘Walaupun Sibuk Dengan Kerja Seni, Tanggungjawab Jaga Bapa Tiri Tetap Nombor Satu’ – Roslan Shah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah