28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tiada Hadiah Mahal Tapi Penuh Makna, Shuib Himpun Keluarga & Sahabat Untuk Birthday Watie Hanifiah

    Shopee Sale

    Pelawak, Shuib meraikan ulang tahun kelahiran isterinya, Watie Hanifiah yang ke-38, dengan suasana penuh kejutan dan kegembiraan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Hanifiah Perjelas Isu Baju Thalita Seksi, Terima Teguran Daripada Shuib – ‘Bila Halang Akan Memberontak’

    Artikel Berkaitan: ‘Dulu Dia Paling Susah Beri Kebenaran Daddy Kahwin, Thank You Terima Mummy’ – Watie Hanifiah Titip Ucapan Hari Lahir Uwais

    Kejutan hari lahir

    View this post on Instagram

    A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

    Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Shahmira Muhammad, 42, memuat naik video memaparkan reaksi terkejut isterinya yang langsung tidak menyangka kejutan itu.

    Menurut Shuib, walaupun tiada hadiah diberikan kepada Watie, sambutan itu tetap bermakna kerana berjaya menghimpunkan keluarga dan rakan-rakan terdekat sempena hari istimewa tersebut.

    Tiada hadiah, hanya ini kejutan hari lahir untuk Mummy (nama panggilan Waite).

    Tiada hadiah mahal-mahal cukup dapat kumpulkan keluarga dan kawan-kawan rapat raikan ulang tahun kelahiran Mummy.

    Semoga Mummy dimudahkan urusan bersalin dan baby sihat.

    Dalam pada itu, Watie meluahkan rasa gembira dan terharu atas usaha yang ditunjukkan oleh suaminya dalam menjayakan sambutan hari lahirnya.

    MENARIK:  [VIDEO] Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM33 Pentingkan Pelajaran, Jadikan Ibu & Haliza Misbun Sumber Inspirasi – ‘Ilmu & Solat Itu Penting’

    Menurutnya, usaha yang ditunjukkan suaminya jauh lebih berharga daripada sebarang hadiah atau harta benda.

    Sumber: Instagram

    The post [VIDEO] Tiada Hadiah Mahal Tapi Penuh Makna, Shuib Himpun Keluarga & Sahabat Untuk Birthday Watie Hanifiah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah