32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Suami Bonda Rozita Dikejarkan Ke Hospital Di China, Alami Sesak Nafas Jam 4 Pagi – ‘Dia Ada Masalah Jantung Setahun Lepas’ 

    Shopee Sale

    Usahawan, Rozita Ibrahim berkongsi detik cemas apabila suaminya, Aidi Amin Ahmad terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bonda Rozita Kongsi Bibit Perkenalan Dengan Suami – ‘Saya Langsung Tidak Pandang Muka Dia …’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Ibrahim Tak Sanggup Cerita Keburukan Bekas Suami – ‘Itu Prinsip Saya, Anak Sendiri Pun Tak Tahu’

    Sesak nafas

    Rozita yang kini berada di China memaklumkan bahawa suaminya terlebih dahulu mengadu mengalami sakit dada sebelum meminta menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan ambulans.

    Kami berbual, tiba-tiba suami senyap. Saya pun diam dan pandang wajahnya. Kemudian dia bersuara “panggil ambulan sekarang”.

    Saya cemas, di sini (China) sudah jam 4.12 pagi dan hari sudah siang. Saya panggil ejen dan terus ke hospital. Suami saya juga lakukan ujian MRI.

    Dia rasa mencucuk dada, pening kepala , kebas tangan, tak boleh gerakan tangan dan sesak susah bernafas.

    Suami Rozita mendapatkan rawatan di Hospital Zhejiang University School of Medicine Fourth Affiliated yang merupakan hospital kedua terbaik di China.

    MENARIK:  [VIDEO] Madammu Pernah Kemurungan Akibat Kata-Kata Kesat Guru – ‘Jangan Nak Cemar Nama Baik Sekolah, Kau Tu Budak Kampung’

    Dalam pada itu, Rozita atau mesra disapa Bonda turut memaklumkan, suaminya mempunyai rekod masalah jantung dan sudah hampir lapan bulan tidak mengambil ubat.

    Suami saya ada masalah jantung setahun lepas dan dah tak makan ubat hospital hampir lapan bulan. Dia lupa bawa minyak cair darah dia dah tak makan suplemen itu 10 hari lepas.

    Doktor sini sangat baik layanannya walau kami orang luar. Doktor pakar otak dan jantung bergilir merawatnya,

    Sementara itu, menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Bonda memaklumkan suaminya sudah dibenarkan keluar hospital dan mereka bakal pulang ke tanah air pada Selasa.

    Video

    View this post on Instagram

    A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim)

    The post [VIDEO] Suami Bonda Rozita Dikejarkan Ke Hospital Di China, Alami Sesak Nafas Jam 4 Pagi – ‘Dia Ada Masalah Jantung Setahun Lepas’  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah