31.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Azar Azmi Dedah Setuju Kahwin Dengan Suami Tanpa Bercinta – ‘Saya Hanya Serah Hati’

    Shopee Sale

    Pelakon Azar Azmi berkongsi detik awal perkenalan bersama suami, Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri, yang bermula di sebuah majlis yang dihadirinya.

    Artikel Berkaitan: Azar Azmi Sebak Dihubungi Janna Nick, Perjelas Aliff Syukri Hanya Bantu Cari Pendapatan – ‘Buat Live Bukan Ada Niat Tak Baik’

    MENARIK:  ‘Doa Hari Arafah Tahun Lepas Nak Jodoh, Tahun Ini Saya Dah Berkahwin’ – Sissy Iman

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azar Azmi Kongsi Detik Sukar Selepas Dibebaskan – ‘Keluar Dari Situ, Saya Ada RM28 Saja’

    Detik awal kenal

    " data-video-id="7628975249501080853" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @quputehtomatohq

    Kahwin tiba tiba tengah zaman prime kemuncak kerjaya #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #masukfypmu #fypシ゚ #masukberandafyp

    ♬ original sound – EMPAYAR DATO SERI VIDA BORNEO – EMPAYAR DATO SERI VIDA BORNEO

    Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Siti Azar Ameerah Azmi, 37, mendedahkan dia tidak melalui fasa mengenal hati budi susulan hasrat suami yang ingin segera menghalalkannya.

    Tambah Azar, suaminya terlebih dahulu bertemu abang sebagai wakil keluarga bagi mendapatkan restu untuk mendirikan rumah tangga berikutan ibu bapanya yang telah meninggal dunia.

    Dengan dia (suami), kita tak bercinta.

    Sebab dia tiba-tiba ajak jumpa dan nak kahwin.

    Saya gurau suruh dia berjumpa abang, sebab ibu bapa saya dah meninggal. Dia betul-betul pergi jumpa abang saya.

    Mengulas statusnya yang masih bujang ketika itu, Azar akui hanya menyerahkan hati sepenuhnya tanpa memikirkan risiko berkahwin dengan seseorang yang belum dikenalinya secara mendalam.

    Dia adalah kenalan masa buat event. Masa itu saya terlibat beberapa kali untuk misi bantuan.

    Dari situ lah kenal. Lepas itu kami tidak lagi berhubung. Bila dia hubungi kali kedua, terus ajak kahwin.

    Masa itu saya bujang. Tak berani nak cakap kalau saya ini kena guna-guna.

    Tapi apa yang saya tahu, saya hanya serah hati ketika itu.

    Nama Azar itu menjadi perhatian ramai selepas dia dan suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, direman dan didakwa di mahkamah atas penipuan tanah kurnia dan darjah kebesaran.

    Namun, Azar telah dibebaskan dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan untuk kedua-dua kes tersebut.

    Sumber: TikTok @Empayar Dato Seri Video Borneo

    The post [VIDEO] Azar Azmi Dedah Setuju Kahwin Dengan Suami Tanpa Bercinta – ‘Saya Hanya Serah Hati’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah