Hampir dua dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, pelakon, Sweet Qismina tidak pernah menyangka usaha dan pengorbanannya akhirnya terbayar apabila dia diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di FFM34.
Artikel Berkaitan: FFM34: Tarmimi Siregar Raih Anugerah Khas Sepanjang Zaman
Artikel Berkaitan: ‘Babah’ Dominasi FFM34, Rangkul Filem Terbaik
Terkejut

Ketika ditemui , pemilik nama Farhanna Qismina Supandi, 28, mengakui dia benar-benar terkejut saat namanya disebut sebagai pemenang.
Ini adalah trofi pertama saya, dan watak yang sangat besar untuk saya. Saya juga pertama kali datang ke FFM.
Segalanya yang pertama.
Menurut Sweet, anugerah yang diterimanya itu, dia berjanji untuk menampilkan lakonan yang lebih mantap serta bekerja dengan lebih keras.
Alhamdulillah, perkara ini saya tidak pernah terfikir. Pada saya, panjang lagi perjalanan saya dalam industri ini.
Saya masih muda banyak yang perlu saya perbaiki dan terokai dalam dunia seni ini bersama seniwati yang sangat hebat, yang saya kagum daripada kecil sehingga ke besar ini.
Berada bersama mereka dalam Top 5 itu sudah cukup membanggakan diri saya. Pada saya, inilah masa untuk saya perbaiki diri tetapi Allah ada takdir yang lain untuk saya dan beri saya rezeki ini.
Selepas ini, saya akan pastikan saya jaga kualiti kerja saya, saya akan menjaga nama baik kategori Pelakon Wanita Terbaik FFM34 ini dengan penuh semangat dan mencari apa yang boleh saya buat untuk mengharumkan nama Sweet Qismina.
Sweet berkata demikian ketika ditemui selepas selesai acara Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Angkasapuri pada malam Sabtu.
Filem Babah

Mengulas lanjut, pelakon drama Dendam Seorang Madu itu berkata watak Maya dalam filem Babah itu sangat dekat dengan dirinya.
Filem ini memang beri impak kepada saya, sebab ada satu babak kahwin. Arwah bapa saya sudah tiada.
Panggilan babah itu adalah panggilan saya kepada arwah bapa. Itu juga salah saut sebab kenapa saya terima tawaran itu.
Babak kahwin itu saya tidak dapat raikan bersama arwah bapa saya, jadi memang istimewa buat saya.
Saya curahkan apa yang saya tidak mampu curahkan kepada arwah bapa saya dalam filem Babah.
Dengan kemenangan itu, Sweet sekali gus menundukkan empat pesaing sengit iaitu Nabila Huda (Telaga Suriram), Datin Sofia Jane (Mencari Ramlee), Maya Karin (Telaga Surriam) dan Khatijah Tan (Jangan Pandang Belakang, Aku Tahu Asal Usul Mu)
The post Sweet Qismina Tak Sangka Menang Pelakon Wanita Terbaik FFM34 – ‘Ini Adalah Trofi & Watak Besar Pertama Untuk Saya’ first appeared on OHBULAN!.





